Presiden Real Madrid Nafi Tawaran Untuk Ronaldo

Share This:

EJEN Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes bulan lalu mendakwa bahawa bintang Real Madrid itu menerima tawaran  €300 juta dari sebuah kelab Liga Super Cina.

Bagaimanapun, perkara ini dinafikan Real Madrid yang menyatakan kelab itu tidak mendapat sebarang tawaran seperti yang diperkatakan.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez berkata tawaran itu mungkin hanya melibatkan Mendes dengan kelab berkenaan sahaja kerana mereka tidak pernah mendapat tawaran rasmi untuk Ronaldo.

Seminggu selepas Ronaldo menandatangani kontrak baharu di Real Madrid, Mendes mendakwa bahawa kliennya ditawarkan gaji jauh lebih lumayan oleh sebuah kelab dari China berbanding apa yang ditawarkan Real Madrid iaitu  €100 juta setahun atau sekitar  €1.9 juta seminggu.

Namun, Mendes dan Ronaldo menolak tawaran tersebut dengan menyatakan wang bukanlah segala-galanya.

“Real Madrid tidak ada menerima sebarang tawaran,” kata Perez kepada Onda Cero, memetik Mirror.

“Perkara ini mungkin timbul kerana begitu ramai yang tertarik dengan Ronaldo selama bertahun-tahun.

“Kadang-kadang hal ini boleh berlaku, mereka bercakap secara tidak rasmi, tanpa melibatkan kelab. Tetapi, Madrid tidak menerima tawaran tersebut,” kata Perez.

Ronaldo telah meledakkan 61 gol untuk kelab dan negaranya dalam semua perlawanan tahun 2016 dan baru saja menerima anugerah Ballon d’Or keempatnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*