Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

PAN Dah “Mabuk”, Samakan Mazlan Aliman Dengan Tok Janggut?

By Papa Diva January 11, 2017 : 11:59 am

Apa sudah jadi kepada bekas Ketua Pemuda PAS Pusat ini yang kini Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat apabila menyamakan Mazlan Aliman yang didapati telah memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan tokoh pejuang negara seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Mahatma Ghandi.

Sebenarnya, Mazlan hanyalah pengacau yang mahu menjejaskan hubungan baik peneroka dan organisasi FELDA dengan niat membuatkan rakyat membenci organisasi itu.

Kini dikatakan dia perlu mencari dana sebanyak RM500,000 untuk dibayar kepada FELDA dan RM15,000 lagi sebagai kos selepas didapati membuat fitnah oleh mahkamah.

Apakah tindakan Mazlan yang asyik membuat kenyataan memfitnah dan memburukkan FELDA kemudian menerima akibatnya oleh mahkamah layak disamakan dengan para pejuang negara ini?

Sudahlah sebelum ini mengheret para peneroka untuk sama-sama memburukkan FELDA dalam isu ini, selepas didapati berbohong oleh mahkamah, kini Suhaizan mahu mengajak orang ramai membantu pula Mazlan dengan menyalurkan wang kepadanya untuk membayar ganti rugi berkenaan.

“Mazlan adalah pejuang yang mahu ‘dibunuh’ secara undang-undang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Lombong, Dr Burhanuddin Helmi, Mahatma Ghandi, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli,” kata Suhaizan yang kalah dalam pemilihan parti ketika berada dalam PAS sebelum ini.

Pembangkang begitu pandai dalam cara ini mengelirukan rakyat dengan menyamakan pemimpin mereka yang suka membawa masalah kononnya setaraf dengan tokoh-tokoh zaman dahulu yang sebenarnya tidak setaraf langsung.

Lihatlah DAP dulu, kononnya menyamakan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya setaraf dengan pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Tokoh ulama Islam, Umar tidak pun ditahan dan didakwa di mahkamah atas kes rasuah besar membeli rumah banglo jauh lebih murah dari harga pasaran.

Dengan cara begitu, rakyat akan simpati apabila mendengar kononnya mereka sama dengan tokoh Islam zaman dahulu maka rakyat akan berasa kasihan seterusnya akan membantu Mazlan. – pru14.tv

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE