Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Man United Selangkah Ke Final Piala Liga

By sam January 11, 2017 : 12:40 pm

MANCHESTER United sudah melangkah satu kaki ke final Piala Liga Inggeris (Piala EFL) setelah berjaya menundukkan Hull City 2-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Old Trafford, awal pagi Rabu.

United sukar menembusi pertahanan rapat Hull di babak pertama menyebabkan permainan terikat dengan keputusan 0-0.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan cuba memperbaiki perlawanan dengan tampil lebih agresif.

Namun, keputusan memihak kepada United yang memecah kebuntuan gol melalui aksi Juan Mata pada minit ke-56.

Mata melakukan sepakan jarak dekat, memanfaatkan umpan Henrikh Mkhitaryan untuk menggegarkan gawang Hull. Gol pertama itu disambut tuan rumah dengan tepukan gemuruh.

United terus berupaya menyumbat masuk gol tambahan, tetapi sejumlah peluang yang dimiliki tidak mampu membolosi gawang Eldin Jakupovic yang juga tampil cukup impresif.

Tuan rumah terus unggul tiga minit sebelum wisel penamat dibunyikan melalui gol yang diperolehi Marouane Fellaini.

Fellaini memanfaatkan umpan silang Darmian dengan tandukan yang tak mampu diatasi Jakupovic, menjadikan United menang 2-0.

Keputusan ini sekali gus meringankan perjuangan United untuk menghadapi perlawanan kedua di markas Hull, 26 Januari ini.Untuk rekod, United menang 12 kali dan tidak pernah kalah dalam 13 perlawanan terakhir mereka menentang Hull dalam semua pertandingan.

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE