Kepimpinan Anak Perantau Diseru Bagi Majukan Terengganu

Share This:

Bermula 2017, Terengganu bakal dilestarikan dengan 71 projek pembangunan ekonomi selari dengan perlaksanaan program Transformasi Terengganu Baharu.

Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman, Menteri Besarnya menyatakan bahawa projek tersebut juga selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang merangkumi keseluruhan negeri termasuk aspek ekonomi dan politik.

“Projek-projek berkenaan bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama dalam industri pelancongan dan perdagangan” kata beliau ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra bersama Kepimpinan Anak Terengganu.

“Bermula tahun ini, 71 projek itu akan dilancar satu persatu antaranya ialah menaiktaraf lapangan terbang Pulau Redang dan mewujudkan ‘Sunrise City’ di Kuala Terengganu yang akan menjadi bandar pertama atas laut di Asia Tenggara” katanya.

“Selain itu dalam aspek ekonomi pula, kerajaan negeri akan menaiktaraf dan membina pelabuhan di Kemaman dan Merchang” katanya lagi.

Dalam pada itu, majlis tersebut diadakan sempena meraikan Panglima Angkatan Tentera yang baharu, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affendi Mohamed Nor bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan.

Ketika itu, majlis tersebut turut dihadiri sembilan belas kepimpinan ngo Anak Perantau Terengganu. Beliau menyeru anak-anak Terengganu yang akan berada dalam kepimpinan tertinggi dalam kerajaan agar dapat memberi buah fikiran bagi mempercepatkan program pembangunan di negeri itu.

“Saya berbangga tiga orang pemimpin tertinggi dalam angkatan tentera merupakan anak Terengganu dan amat berharap agar mereka dapat memberi pandangan untuk memajukan negeri” katanya.

“Dalam masa yang sama, kita berharap akan ada lebih ramai lagi anak Terengganu berada dalam kepimpinan tertinggi yang dapat menyumbang bukan sahaja kepada negeri malah diperingkat nasional” katanya lagi.

Pada 16 Disember lalu, Raja Mohamed Affendi telah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke – 19 menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang bersara.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*