Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Jenazah Adenan Akan Dikebumikan Esok

By Samurai Biru January 11, 2017 : 4:48 pm

Dalam sidang media yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg sebentar tadi, beliau mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem telah meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.

Dalam sidang medianya di Wisma Bapa Malaysia, beliau menzahirkan rasa dukacita kerajaan negeri di atas pemergian Allahyarham. Katanya lagi, majlis pengebumian Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem akan dilangsungkan pada esok hari selepas Zohor dan dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Dalam sidang media itu juga, beliau memberitahu, rakyat negeri Sarawak boleh memberikan pernghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula pada jam 10.30 pagi sehinggalah waktu Zohor. Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang.

Beliau juga mengumumkan bahawa esok adalah hari perlepasan am bagi seluruh rakyat negeri Sarawak sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Kerajaan Sarawak juga akan berkabung selama 7 hari dengan bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang.

Dalam pada itu, beliau enggan mengulas siapa yang memegang jawatan pemangku Ketua Negeri Sarawak dan beliau menegaskan, semua urusan negeri hanya dijalankan semula sebaik sahaja jenazah Allahyarham selamat dikebumikan.

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE