Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Inikah Level Seorang Cytro PKR?

By Samurai Biru January 11, 2017 : 6:10 pm

Disaat rakyat Sarawak meratapi pemergian Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Pehin Haji Adenan Bin Haji Satem tengah hari ini, masih ada yang dilihat cuba mengaitkan kematian Allahyarham dengan politik yang tidak kena pada waktunya.

Jika masih ingat, seorang wanita yang telah mencetuskan kegemparan akibat disimbah dengan air longkang di perkarangan rumah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus, kali ini, dia sekali lagi telah mencetuskan kemarahan warga Sarawak dengan status yang dimuat naik oleh dirinya sebentar tadi.

Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali sebagai Ratu Naga telah memuat naik satu komen di status milik dia sendiri yang seolah-olah mempersendakan kematian Allahyarham Pehin Haji Adenan Satem. Dalam komen berkenaan dia telah menulis,

“Hadoiii masalah macam ini. Meninggal dalam di tipu. Conpom (Confirm) kepit angkat orang dia pas tu tipu lagi. Rakyat Sarawak sangat sedia (setia) pada ketua. Kalau kepit angkat orang dia, semak”

  • Kepit yang dimaksudkan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Komen ini pantas mendapat reaksi ramai yang rata-ratanya menyifatkan komennya ini amat jelik dan langsung tidak sensitif di saat rakyat Sarawak masih meratapi pemergian Pehin Haji Adenan Satem.

Adalah amat menghairankan, adakah dia langsung tidak sensitif dengan kedukaan warga Sarawak saat ini? Adakah ini yang diajar dan dititik beratkan oleh PKR, parti yang kini disertainya sehingga sanggup mengeluarkan komen jelik seumpama ini?

Jika inilah caranya seorang cytro PKR, tidak mustahil, andai ada kematian mana-mana pemimpin Barisan Nasional atau UMNO selepas ini, dia akan terus menerus mengeluarkan komen yang langsung tidak beradab dan menjaga sensitiviti orang lain. Untuk rujukan, boleh lawati link ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1029096037194747&id=100002830817245

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE