Copa del Rey: Kalah 0-2, Atletico Tetap Ke Suku Akhir

ATLETICO Madrid mencatat keputusan di luar dugaan apabila kalah 2-3 kepada Las Palmas dalam perlawanan kedua Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) di Stadium Vicente Calderon, awal pagi Rabu.
Walaupun terpaksa menelan kekalahan mengejut dengan Las Palmas yang tidak pernah mencatat sejarah jika dibandingkan dengan Atletico, skuad bimbingan Diego Simeone tetap mara ke suku akhir atau dengan agregat 4-3.

Ini kerana, dalam pertandingan pertama sebelum ini di Stadium Gran Canaria, Las Palmas, Atletico telah mencatat kemenangan 2-0.
Mengimbas perlawanan kedua ini, Atletico unggul terlebih dahulu tetapi akhirnya ditewaskan pada tiga minit masa kecederaan menerusi gol oleh pemain Las Palmas Mateo Garcia.

Antoine Griezmann menjaringkan gol pembukaan untuk Atletico pada awal babak kedua, namun dibalas Marko Livaja pada minit ke-57.

Empat minit kemudian, penyerang Atletico Angel Correa kembali membawa Atletico mendahului, menjadikan kedudukan 2-1 namun Las Palmas kembali menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol Livaja, sebelum Garcia menjaringkan gol ketiga di penghujung perlawanan.

Berikut adalah keputusan lengkap perlawanan pertama Copa del Rey:

Athletic Bilbao 2 – 1 Barcelona

Alcorcon 0 – 0 Cordoba

Real Sociedad 3 – 1 Villarreal

Real Madrid 3 – 0 Sevilla

Valencia 1 – 4 Celta Vigo

Osasuna 0 – 3 Eibar

Las Palmas 0 – 2 Atletico Madrid

Deportivo La Coruna 2 – 2 Deportivo Alaves

Jadual perlawanan seterusnya (perlawanan kedua):

Khamis, 12 Januari:

Cordoba vs Alcorcon

Villarreal vs Real Sociedad

Deportivo Alaves vs Deportivo La Coruna

Barcelona vs Athletic Bilbao

Jumaat, 13 Januari:

Celta Vigo vs Valencia

Eibar vs Osasuna

Sevilla vs Real Madrid.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*