Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Budak Lelaki Jatuh Basikal Sampai Terburai Isi Perut

By sam January 11, 2017 : 2:13 pm

Memang seronok bila tiba sahaja waktu petang, ramai keluarga akan kelihatan di sekitar kawasan perumahan, padang atau taman-taman tasik untuk beriadah.

 
Tidak kira berjoging, berbasikal atau bermain badminton, pasti yang paling meriah adalah mendengar gelak ketawa anak-anak.
 

Foto: Facebook Koleksi Viral
Namun awas, pesanan kepada semua ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak ketika mereka bermain kerana malang tidak berbau.
 
Satu kejadian di Bukit Tiram, Johor yang menjadi tular baru-baru ini menyaksikan seorang budak lelaki yang jatuh semasa bermain basikal.
 
Apa yang mengerikan adalah ‘handle’ basikal yang terkena di perutnya membuatkan ususnya terkeluar.
 

Foto:Facebook Koleksi Viral 
Tidak dapat dibayangkan betapa sakitnya rasa yang ditanggung oleh budak tersebut dan dapat dilihat dalam gambar dia memegang usus tersebut dengan tangannya.
 
Melihat daripada gambar, budak lelaki tersebut turut mengalami kecederaan di lutut namun tidak pula menangis. Mujur bantuan kecemasan segera datang.
 

Foto: Facebook Koleksi Viral
Netizen yang melihat masing-masing meluahkan rasa simpati dan bertindak untuk tag rakan-rakan mereka yang mempunyai anak sebagai peringatan bersama.
 
Bak kata pepatah, “Lebih baik mencegah dari merawat”. Kejadian seperti ini sepatutnya dapat dielakkan jika ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak.
 
Sentiasa beringat untuk berhati-hati tidak kira semasa melakukan apa sahaja kerja atau aktiviti ya.

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE