Apa Lagi Yang Masih Tinggal Pada Rafizi?

Satu ketika dahulu, Rafizi Ramli dijulang sebagai hero di kalangan pembangkang dengan beberapa siri pembongkaran pelbagai isu yang membabitkan pentadbiran negara. Sebut sahaja apa agensi yang tidak pernah terlepas daripada serangannya yang secara amnya, penuh penipuan, putar belit dan pembohongan.

Rata-rata dikalangan penyokong pembangkang menganggap, apa yang dibongkarkan oleh Rafizi itu betul dan tiada salahnya. Malah, mereka bermati-matian mempertahankan kenyataan-kenyataan Rafizi yang mereka sifatkan sebagai telus. Antara hasil yang berjaya Rafizi buat adalah kerosakan teruk kepada imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang bukan Ahli Parlimen atau ADUN di mana-mana kawasan.

Tidak ketinggalan, bagaimana beliau berjaya merosakkan satu rancangan kerajaan untuk mengurangkan hasil import daging segar halal ke Malaysia apabila beliau bertindak menyerang NFC sehingga syarikat berkenaan terpaksa gulung tikar. Itu belum lagi dengan penipuannya dalam kes Tabung Haji dan 1MDB sehinggakan lebih 3,000 orang pendeposit bertindak menutup akaun mereka.

Setelah sekian lama bermaharajalela dengan pelbagai penipuan dan pembohongan, akhirnya sudah tiba masanya segala rentak sumbang Rafizi ini disenyapkan oleh media mereka sendiri. MalaysiaKini, antara portal pro pembangkang yang begitu aktid memutar belitkan pelbagai inisiatif kerajaan dengan laporan kurang tepat, akhirnya bertindak mendedahkan sendiri penipuan Rafizi dalam isu MRT.

Adakah ini tanda-tanda awal penyingkiran Rafizi daripada senarai barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP? Adakah itu sebagai satu tanda jelas bahawa dikalangan pembangkang sendiri sudah cukup muak dengan mainan persepsi yang dicipta Rafizi di mana ada diantaranya telah memerangkap pembangkang sendiri?

Ramai pihak menganggap, kredibiliti dan imej Rafizi sebenarnya sudah teruk rosak akibat sikap suka berbohongnya ini. Mungkin masih ada dikalangan rakan partinya yang masih meletakkan kepercayaan kepadanya. Namun hakikat sebenarnya adalah, ramai diantara mereka termasuk kepimpinan Pakatan Harapan sudah hilang keyakinan terhadap Rafizi.

Persoalannya, apa lagi yang tinggal kepada Rafizi andai tiada lagi pihak yang boleh mempercayai kata-katanya? Mungkin jalan mudah buat Rafizi adalah menunding jari kepada musuh politiknya termasuk UMNO, parti yang giat difitnah Rafizi. Namun Rafizi harus sedar, apa yang berlaku keatas dirinya adalah hasil daripada sikapnya yang amat gemar berbohong dan mengadu domba dalam semua isu.

Mungkin sudah tiba masanya Rafizi menyiapkan dirinya untuk menuju ke penjara andai rayuan terhadap hukumannya sebelum ini, menemui kegagalan. Corak berpolitik penuh penipuan ini sebenarnya semakin hari semakin mudah dibaca oleh rakyat Malaysia dan Rafizi harus sedar, krebilitinya ini sudah boleh dipersoal.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Apa Lagi Yang Masih Tinggal Pada Rafizi?

  • January 13, 2017 at 12:38 am
    Permalink

    Ajak debat terbuka bab kos MRT, rakyat nak tengok kebenaran sebenar………

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*