Pemecatan Anina Bukan Kerana Salahlaku Tetapi Telah Dirancang

Pemecatan jawatan Srikandi yang telah dipegang oleh Anina  berhubung kait dengan  perbuatan whatsapp yang delah ditularkan dimerata media sosial  bukan lah penyebab utama atau tidak memenuhi kriteria sebagai pemegang jawatan srikandi.

Pemecatan Anina tersebut adalah lebih kepada untuk menjaga  agar tidak terbongkarnya isu yang ada dikalangan pemimpin PPBM yang tersimpan rapat yang mana telah banyak diketahui oleh rakyat.

Jika isu salah laku seks yang menular dikalangan kepimpinan Pakatan, maka kita lihat terlalu banyak  yang telah dibongkarkan. Namun apabila isu tersebut ditularkan tiada seorang pun yang terbabit  melatah sebagaimana Anina lakukan.

Ini merupakan satu kesilapan yang besar dilakukan oleh Anina kerana mengeluarkan satu kenyataan yang mana seks dan politik seakan telah menjadi budaya dikalangan mereka. Tindakan ini telah menjurus kepada pemecatannya.

Jika kita hendak  mengambil kira isu skandal politik yang telah dikeluarkan di media sosial, Muhyiddin , Azmin, Ketua Armada ,Nurul Izzah,  Mat sabu dan beberapa orang lagi, semuanya telah disebut namanya dimedia sosial,

Namun setiap skandal yang dikeluarkan tiada seorang pun yang mengeluarkan kenyataan atau melatah untuk menyanggah isu tersebut. Semuanya mendiamkan diri sehingga isu tersebut senyap ditelan isu yang lain.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti telah memecat Anina Saaduddin sebagai Ketua Srikandi dan masih dikekalkan Ahli Majlis Tertinggi parti, namun terserah kepadanya untuk meletakkan jawatan tersebut.

Muhyiddin sebagai  orang lama dalam politik menegaskan  parti tidak gentar jika Anina mengambil sikap drastik mengumumkan keluar parti, namun berharap perkara itu tidak berlaku. Melalui kenyataan tersebut  kita tahu bahawa pemimpin PPBM ini sememangnya mahu Anina meninggalkan parti.

“Namun beliau (Anina) adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, jawatan itu masih kekal, itu terserah kepada Anina sama ada untuk meneruskan (pegang jawatan Ahli Majlis pimpinan Tertinggi parti) atau sebaliknya”.

Ayat diatas jelas menunjukkan  bahawa disebalik kenyataan untuk mengekalkan Anina terdapatnya saranan agar Anina meninggalkan PPBM  secara halus. Ini bahasa politik yang amat biasa digunakan  dan pada masa akan datang Anina akan diperlakukan seakan tidak wujud didalam PPBM.

Anina pada awalnya diberi tugas untuk membentuk sayap wanita parti itu, namun Anina tidak mencapai piawaian untuk terus kekal sebagai Ketua Srikandi. Keputusan ini telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Ini bukan soal peribadi (Anina) tetapi soal berkaitan kepimpinan.

Melihat dari sudut skandal yang dilakukan oleh Anina itu bukan perkara yang serius bagi pihak kepimpinan PPBM akan tetapi ianya disilangkan dengan KPI sebagai  Ketua Srikandi yang mana menjurus kepada pemecatan jawatannya.

Kepimpinan PPBM mengakui bahawa skandal didalam parti itu bukan isu besar, ini adalah kerana jika kita lihat  banyak diantara kepimpinan PPBM yang mempunyai  dan terlibat dalam isu tersebut. Tetapi untuk menyingkirkan Anina satu kaedah lain terpaksa digunakan untuk memastikan agenda lain terlaksana.

Walau apa juga alasan yang diberikan oleh kepimpinan PPBM, rakyat tahu bahawa Anina  telah dipergunakan oleh  kepimpinan tersebut untuk menutup mulut  yang celupar dengan memberikannya jawatan dan seterusnya  mencari alasan untuk memecatnya.’

Hal ini dapat kita lihat bagaimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Muhyiddin terhadap isu Anina ini. Semuanya bukan atas alasan skandal yang dilakukan ianya sebagai pelengkap agenda  sahaja.

“Apabila kita mulakan dahulu, kita beri ruang untuk beliau (Anina) membantu supaya Srikandi dapat dibentuk.

“Tetapi kita tidak ada memutuskan (untuk menyambung) pelantikan (Anina) secara rasmi jawatan Ketua Srikandi.

“Kita dapati mungkin disebabkan keadaan tertentu, Puan Anina tidak mencapai sasaran yang kita harapkan. Keputusannya, dia tidak lagi dilantik menjadi Ketua Srikandi,”katanya lagi.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*