Keluarga Ini Menemui Peti Penuh Dengan Wang Tunai Dalam Rumah Mereka

Share This:

Apa agaknya perasaan anda jika berjaya menemui duit yang banyak di dalam rumah yang anda duduki sendiri selepas menemui nota-nota pembayang seperti mencari harta karun.

Itu yang terjadi dalam sebuah keluarga di Amerika Syarikat apabila mereka menemui sebuah peti yang dipenuhi wang kertas AS$ 1 di yang banyak di ruang bawah tanah rumah mereka.

Pada asalnya mereka telah menemui nota yang menunjukkan adanya petunjuk lain di dalam rumah mereka sehingga lah mereka mengikuti petunjuk satu persatu.

Video berkenaan dimuatnaik ke laman Youtube bulan November 2016 dan kini ia sudah ditonton lebih 6 juta kali.

Apa yang menariknya ialah, kertas yang digunakan untuk menulis nota berkenaan adalah sedikit sebanyak agak usang dan kebanyakannya memberi pembayang yang sukar untuk difahami dan diselesaikan.

Akhirnya, mereka menemui banyak barang lain seperti rak lama, buku lama.

Mereka juga terpaksa mengopak dinding, membuka saluran udara serta memecahkan dinding di belakang almari di rumah mereka untuk mencari pembayang-pembayang yang diletakkan.

Difahamkan, pembayang itu diletakkan oleh orang yang mendiami rumah itu sebelum mereka.

Keluarga ini juga memiliki saluran YouTube mereka sendiri yang bernama The Beach House. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*