Faiz Subri Pakai Salib?

NAMA Mohd. Faiz Subri menjadi bualan hangat hari ini apabila berjaya merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016.

Disebalik ucapan tahniah, ada juga netizen yang tidak ‘berpuas hati’ dengan tindakan dan pakaian Faiz.

Ada netizen mendakwa Faiz memakai tanda salib ketika menerima hadiah pada majlis anugerah berprestij tersebut di Zurich, Switzerland awal pagi tadi.

Pemenang jaringan gol paling cantik sepanjang 2016 itu didakwa memakai lambang salib di dadanya dan dikongsikan di laman sosial hari ini.

Faiz Subri Dikecam ‘Pakai’ Tanda Salib Di Puskas

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu kelihatan memakai tanda salib ketika menyampaikan ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang.

Perkongsian gambar tersebut dimuat naik netizen Tuan Anuwa melalui akaun Facebooknya yang mempertikaikan tindakan dan pakaian Faiz.

“Ambo yang daif ini rasa sedikit terkilan apabila beliau guna lafaz Assalamualaikum bukan pada tempatnya.

“Memakai pakaian yang tidak menampakkan imej Melayu dan Islam, bahkan terlihat salib yang jelas. Bahasa Melayu terpinggir di arus dunia,” tulisnya.

Bagaimanapun,penampakan lambang salib itu adalah mikrofon dan bow tie yang dipakai Faiz.

Pada majlis tersebut Faiz mengenakan pakaian rasmi baju sut seperti yang ditetapkan oleh penganjur anugerah Puskas walaupun plan awalnya mahu memakai baju Melayu namun terpaksa ditukar kerana faktor cuaca yang sejuk.

Perkongsian gambar tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat kecaman netizen yang menganggap ianya adalah sikap manusia bersifat negatif dan berfikiran kolot.

“Jenis manusia yang negatif, mugkin dia tak tengok kot video Faiz Subri naik pentas. Siap atur coat lagi…Hahahaha mende nye tanda salib,” komen netizen.

“Ada jer benda tak kena. Banyak-banyak benda kau boleh komen, kau komen bow tie + mic tu yang kononnya nampak macam tanda salib.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*