Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Arak Macam Babi Juga Tetap Haram Dalam Islam

By editor January 10, 2017 : 2:44 pm

SEMUA orang Islam tahu bahawa arak itu haram diminum sebagaimana babi itu haram dimakan namun terdapat segelintir manusia yang seolah-olah beranggapan bahawa hanya babi haram dimakan manakala menjadi pemegang saham kilang arak dan mengunakan hasil tersebut untuk menunaikan Umrah adalah halal. Malah individu ini turut terlibat dengan syarikat-syarikat perjudian besar dalam negara kita secara langsung dan tidak langsung. Sambutan harijadi beliau secara besar-besaran juga dikatakan hasil dari wang judi tersebut.

Memandangkan perkara tersebut dilakukan oleh beliau maka tidak ada sebarang fatwa halal haram yang keluar dari mulut manusia yang penuh dengan keangkuhan dan hipokrasi ini.

Dalam masa yang sama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba menyamakan ibadah haji rakyat miskin negara kita yang dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menunaikan Rukun Islam ke lima itu sebagai sama haram dengan babi.

Walaupun selepas membaca kalimah Bismillah, daging yang haram umpamanya seperti babi, masih tetap haram untuk dimakan oleh umat Islam, kata Mahathir. Kononnya jika seseorang itu tahu makanan yang dihidang itu haram tetapi tetap menjamahnya, maka perbuatan itu adalah salah di sisi agama. Begitu juga katanya, duit yang dicuri masih adalah duit haram dan tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat.

Mahathir dipercayai merujuk kepada kenyataannya sebelum ini bahawa jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana yang dicuri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kita perlu tahu bahawa tuduhan mencuri wang 1MDB tersebut hanya dibuat oleh Mahathir dengan tujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengantikannya dengan anak beliau iaitu Mukhriz Mahathir.

Ironinya 1MDB menafikan yang wang syarikat tersebut dicuri. Malah melalui Audit Forensik, PAC dan lain-lain lagi tidak menemui sebarang bukti kehilangan sebarang wang dari akaun 1MDB. Hanya Mahathir dan rakan sekutu mereka sahaja yang beria-ia membuat dakwaan palsu tersebut.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, Mahathir tidak sepatutnya memburuk-burukkan golongan ulama termasuk mufti dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap mereka. Para mufti ini tidak mempunyai sebarang kepentingan politik apabila menyampaikan pandangan secara umum yang dibuat berdasarkan fakta untuk diketahui rakyat. Berbeza dengan Mahathir yang sememangnya sarat dengan agenda peribadi yang berniat jahat terhadap negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga kesal dan enggan membuang masa melayan tuduhan Mahathir, sebaliknya menegaskan terpulang kepada bekas perdana menteri itu dengan pandangannya.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE