Video Ahli Politik Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Polis

Share This:

MEMANG ahli politik ini mencari nahas apabila berani berkhalwat dengan isteri seorang polis. Seorang ahli politik Ahmad Yantenglie berpangkat datuk bandar ditangkap khalwat dengan seorang wanita Farida Yeni yang merupakan isteri anggota polis pada beberapa hari yang lepas telah menjadi perbincangan hangat media Indonesia.

Lebih mengejutkan, suami kepada Farida Yeni turut ikut dalam serbuan kira-kira pukul 02:00 pagi itu.

Kes berkenaan menjadi rumit dan sukar apabila keduanya mengatakan bahawa mereka sudah pun berkahwin secara siri di Bogor serta mereka juga mengakui telah melakukan hubungan suami isteri itu lebih dari sekali.

Terbongkarnya kisah asmara kedua pasangan berkenaan bermula dari kecurigaan suami Farida Yeni yang balik dari kerja dan mendapati isterinya tidak berada di rumah sekitar pukul 1.00 pagi.

Suami Farida kemudian mencarinya di rumah rakan-rakan isterinya kerana sebelumnya beliau dimaklumkan isterinya pergi ke rumah kenalannya di alamat berkenaan.

Setelah sampai di depan rumah yang di tuju, beliau mengintai dari tingkap ke dalam rumah dan melihat beg isterinya dan juga kotak rokok di ruang tamu rumah itu.

Beliau kemudian masuk dengan membuka pintu secara paksa sebelum menemui isterinya di dalam bilik dengan seorang lelaki tidur dalam keadaan bogel.

Pihak polis yang menerima panggilan terus ke lokasi kejadian dan menahan kedua-duanya, bagaimana pun kedua pasangan berkenaan telah di tahan dan di kenakan tuduhan mengikut seksyen 284 KUHP, jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman 9 bulan penjara.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*