Siapa Yang Lepaskan Badut Pakatan Ke Taiwan?

Share This:

Siapakah sebenarnya yang membenarkan seorang pelukis yang banyak mengkritik dan melukis gambar mengaibkan Perdana Menteri berlepas ke luar negara ke Taiwan apabila difahamkan dia sebelum ini dilarang daripada berbuat demikian.

Di laman Twitter, pelukis berkenaan, Fahmi Reza begitu berlagak dan sombong apabila memberitahu dia berjaya membatalkan larangan itu dan akan berlepas ke Taiwan menaiki pesawat.

Dalam gambarnya turut dipaparkan Fahmi menggigit lukisan gambar seakan badut dan jelas ia menghina Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di laman sosial Facebooknya, Fahmi memberitahu orang yang membantunya untuk melepasi sekatan Jabatan Imigresen ke luar negara itu ialah dua orang polis berpangkat Inspektor dari Bukit Aman iaitu Pegawai Penyiasat kesnya yang dinamakan oleh Fahmi sebagai Inspektor Z dan Inspektor R.

Inspektor R itu menurutnya adalah orang yang memasukkan nama dia ke dalam senarai individu dikehendaki polis.

Soalnya, apabila sudah diberi kebenaran mengapa Fahmi masih lagi mahu membuat penghinaan kepada pemimpin negara sebegitu rupa seperti sombong selepas berjaya mematahkan aspek undang-undang dalam kesnya.

Banyak pemerhati politik berpendapat pihak polis perlu membuat siasatan berkenaan siapa yang membenarkan Fahmi berlepas ke Taiwan biarpun perbuatannya menghina Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat amat melampau.

Sepatutnya, selepas dia dibenarkan ke luar negara, Fahmi berlepas sahaja tanpa cuba melakukan lagi provokasi yang boleh membuatkan persepsi rakyat kepada kerajaan terjejas.

“Aku berjaya lawan travel ban (sekatan perjalanan) yang mereka kenakan,” katanya.

Apakah perbuatan Fahmi ini mencerminkan bahawa dia sebenarnya menghormati prosedur undang-undang di Malaysia atau sengaja mempermain-mainkannya untuk kepentingan pengaruh politiknya.

Perbuatannya nampak seperti dia berpura-pura baik apabila mahu memohon untuk dia diberikan kebenaran untuk ke Taiwan tetapi bersikap sombong dan mempermain-mainkan pula pihak berkuasa negara ini.

Siasatan perlu dilakukan siapakan sebenarnya yang memberikan kebenaran untuk Fahmi boleh ke luar negara sedangkan nampak seperti dia tidak pun berhenti dari menghina serta memperlekehkan para pemimpin negara. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*