Najib Tersentuh Hati Dengar Keluhan Mangsa Banjir

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan rasa syukur terhadap pengurusan berkaitan banjir di Kelantan dan Terengganu yang secara keseluruhannya berjalan lancar.

Beliau yang turun padang untuk meninjau keadaan dan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu semalam turut mengakui tersentuh hati apabila berpeluang bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di kedua-dua negeri itu dan mendengar sendiri keluhan mereka.

“Alhamdulillah, pengurusan banjir secara keseluruhannya lancar dan kita akan pastikan pemulihan banjir juga begitu bagi manfaat semua,” katanya dalam entri terkini di laman sosial Facebooknya.

“Insya-Allah, kita akan menyalurkan bantuan terbaik mengikut apa yang mereka perlukan”.

Semalam, Najib meluangkan masa sehari suntuk mengadakan tinjauan di beberapa kawasan yang terjejas banjir dan mengunjungi pusat pemindahan untuk berjumpa dengan mangsa banjir di kedua-dua negeri di Pantai Timur itu. – BERNAMA

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*