Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Jika Boleh, Saya Ingin Tukar Kerakyatan Saya…

By Samurai Biru January 8, 2017 : 6:39 pm

Malaysia adalah sebuah negara yang cukup makmur dan sentiasa menjadi tumpuan ramai pihak dari luar negara, terutamanya dari negara-negara yang agak terkebelakang berbanding Malaysia. Dengan dasar yang terbukti berkesan di seluruh dunia, tidak hairanlah ramai imigran asing sanggup bergadai nyawa dan harta benda hanya semata-mata mahu bekerja di Malaysia.

Apa yang menyedihkan adalah, ada diantara rakyat Malaysia sendiri enggan memperakui nikmat yang mereka terima hanya kerana berbeza fahaman politik. Bagi mereka, apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini, semuanya tidak betul. Malah ada yang tergamak menjadi pertualang untuk meruntuhkan ekonomi negara hanya semata-mata nafsu politik semata-mata.

Pada satu kesempatan, penulis sempat bersembang santai dengan seorang warga Indonesia yang sudah menetap hampir 2 tahun di Malaysia. Tujuan penulis hanyalah satu, mahu melihat sendiri perspektif dan pandangan pekerja asing tentang Malaysia. Berikut merupakan ulasan beliau yang telah dirakam dan diizinkan oleh Supardi Hirdawindoyo, 33 tahun, baru-baru ini.

“Saya tiba di negara ini pada awal tahun 2015 dengan menggunakan ejen. Jika di kampung saya, saya hanya mengusahakan tanaman padi dan hasil bumi untuk menyara kehidupan keluarga saya. Pekerjaan ini sudah dilakukan turun temurun dan boleh dikatakkan, semua adik beradik saya seramai 8 orang, turut mengusahakan tanaman padi dan pelbagai hasil bumi.

Namun begitu, saya sering terfikir, kenapa sejak dari dahulu lagi, kehidupan kami tidak pernah berenjak maju atau setidak-tidaknya, kediaman kami di sini lebih besar. Ketika hari masih gelap, kami sudah turun ke sawah dan ladang untuk mengusahakan tanaman kami dan hanya waktu remang petang, barulah kami pulang kerumah.

Hasil yang kami perolehi dari tanaman kami juga tidak seberapa. Mungkin juga, dasar cukai dari kerajaan kami sedikit sebanyak menekan kehidupan kami di Indonesia. Namun, kami semua sedar, dasar cukai yang dipungut oleh kerajaan kami akan digunakan untuk membangunkan negara kami yang cukup besar serta mempunyai lebih 18 ribu buah pulau.

Justeru itu, atas kesedaran saya untuk mempertingkatkan kehidupan saya, saya mengambil keputusan untuk ke Medan dan seterusnya berhijrah ke Malaysia menerusi jalan yang halal. Bukan sedikit yang terpaksa saya gadaikan, namun atas kepercayaan keluarga saya yang mengatakan, Malaysia bakal menyajikan “syurga dunia” buat mereka yang rajin, saya tekadkan diri untuk ke sini.

Setibanya saya di sini, saya telah di letakkan di kawasan pembinaan sebuah bangunan elit di Kuala Lumpur. Bayangkan, saya seorang petani tetapi sampai di Kuala Lumpur, saya menjadi tukang bina bangunan. Sudah tentu saya kekok pada asalnya.

Hari berganti hari, saya semakin selesa dan sudah mahir dengan pekerjaan saya. Saya juga sudah boleh berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur dan sudah semestinya, cuti hujung minggu saya, saya akan banyak berjalan di kawasan Dataran Merdeka. Tidak sah kiranya andai saya tidak kemari sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Namun begitu, saya agak terkejut apabila saya melihat beberapa kali rakyat negara ini mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka terutamanya kumpulan yang mengenakan baju kuning (BERSIH). Mereka mendakwa kerajaan Malaysia zalim dan menekan rakyatnya. Malah ada yang mengatakan kerajaan Malaysia menyebabkan rakyatnya terpaksa mengikat perut untuk berbelanja akibat kenaikan harga barang.

Timbul persoalan di benak saya, adakah benar kerajaan negara ini begitu zalim? Dari sinilah timbul kemahuan saya untuk melihat dengan mata sendiri, zalimkah kerajaan Malaysia seperti didakwa oleh kelompok penunjuk perasaan berkenaan.

Selama 6 bulan saya luangkan masa untuk menilai sendiri dan hasilnya, saya boleh bagitahu, kelompok berkenaan adalah kelompok yang tidak tahu bersyukur. Kenapa saya berkata demikian? Andaikata mereka dapat hidup di kampung halaman saya walaupun sebulan, pastinya mereka akan sedar, kehidupan di Malaysia ini jauh lebih baik.

Bayangkan, sepanjang pemerhatian saya, Kuala Lumpur tidak pernah sekali dalam sehari mengalami kesesakan lalu lintas. Malah, supervisor saya yang berasal dari Sarawak sendiri mendapat gaji hampir RM 3,000 sebulan yang hanya boleh dinikmati oleh mereka yang berjawatan besar sahaja di Indonesia.

Malah, saya sendiri, hanya mengambil masa setahun sahaja untuk mengubah kediaman keluarga kami di Indonesia dengan sebuah kediaman yang jauh lebih selesa berbanding dahulu. Seorang rakan saya dari Acheh turut mempunyai kedai runcitnya sendiri di Malaysia. Bukankah itu tandanya betapa makmur dan bagusnya kerajaan Malaysia hari ini?

Saya juga hairan, kenapa mereka merungut dengan harga barangan yang semakin mahal. Saya ingin bertanya, pernahkah kita melihat harga barangan semakin menurun pada ketika kita sibuk berbicara tentang kemajuan? Bukankah agama kita turut mengajar erti berjimat cermat dan berbelanja berhemah serta tidak membazir?

Malah di Malaysia, sejauh pengetahuan saya, begitu banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan negara ini berbanding di negara saya. Kenapa mereka tidak mengsyukuri apa yang mereka nikmati? Jika dibandingkan dengan negara saya, bantuan yang diterima rakyat Malaysia sekarang, cukup mustahil untuk kami nikmati.

Bayangkan jika mereka tinggal sebulan di kampung halaman saya, apa yang bakal berlaku pada mereka? Mungkin mereka akan menghasut semua orang di kampung saya untuk melakukan rusuhan terhadap kerajaan Indonesia akibat tertekan dengan corak kehidupan asas kami di sana.

Terus terang saya katakan, jika diberi keizinan, mahu sahaja saya menukar kerakyatan saya dan mahu menetap di Malaysia sampai bila-bila. Malah, saya sendiri pernah terfikir, kenapa saya dilahirkan di Indonesia, bukannya di Malaysia?

Saya sedar, saya orang asing dibumi kamu, namun percayalah, apa yang kamu nikmati di Malaysia hari ini, jauh lebih baik dari kehidupan kami di Indonesia. Apakah kalian tidak mempelajari bagaimana seksanya kami mahu bangkit kembali setelah revolusi menumbangkan Pak Suharto? Adakah kami mampu lebih maju setelah Pak Suharto dijatuhkan? Adakah Ibu Megawati berjaya memajukan Indonesia?

Kalian wajar membuka mata merenung semula kehidupan kalian hari ini. Kalian mengecapi kemajuan pada masa yang agak singkat berbanding negara-negara lain di bumi Nusantara ini. Adakah kalian mahu melihat kehidupan kalian berundur kebelakang hanya disebabkan politik? Seperti saya tegaskan sebentar tadi, andaikata saya boleh memilih kerakyatan mana yang saya mahu, Malaysia sahajalah negara yang saya inginkan!”

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE