Selamatkan Keluarga Terlebih Dahulu Baru Mahu Bercakap Mahu Selamatkan Malaysia

Share This:

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad kerap kali melaungkan usahanya mahu menyelamatkan Malaysia. Pelbagai dakyah dan fitnah dilemparkan kepada kepimpinan hari ini termasuklah mendakwa terdapat salah laku dan unsur-unsur rasuah dalam petadbiran negara hari ini.

Justeru, pada bulan Mac tahun lalu, Mahathir melancarkan gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat yang antara lain mahu mengumpulkan 1 juta tandatangan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan. Bagi para penyokongnya, istilah Selamatkan Malaysia ini merupakan seruan teragung sehingga apa yang dilakukan kerajaan akan nampak salah pada mata mereka.

Dalam usaha Mahathir mahu menyelamatkan Malaysia, secara tiba-tiba segala kepincangan yang berlaku dalam keluarga Mahathir sendiri terdedah dengan sendirinya. Bermula dengan Marina yang dilihat berfikiran terlalu liberal dalam Islam sehingga ada yang melihat Marina lebih cenderung untuk memanipulasikan ajaran Islam dengan NGO pro LGBT yang di anggotainya.

Kemudian, timbul pula isu bagaimana Mirzan dan Mokhzani mengumpul kekayaan luar biasa yang jika difikir secara logik, sukar untuk digapai oleh orang biasa. Mirzan dan Mokhzani masing-masing mempunyai share dalam lebih 30 buah syarikat yang mana melalui kesemua share ini, kedua-dua anak Mahathir ini mampu disenaraikan antara orang terkaya di Malaysia.

Namun, lebih mengejutkan bagaimana dua orang anak angkat Mahathir, Mazhar dan dan Maizura memilih haluan hidup yang diluar dari kehidupan normal manusia. Tidak dapat dipastikan kebenarannya, namun menerusi akaun Facebook milik Mazhar Mahathir, kehidupan songsangnya jelas terpampang.

Jika sebelum ini Mahathir “melanyak” Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pelbagai tuduhan salah laku seksualnya, kini anak angkatnya sendiri memalit arang kemuka Mahathir sendiri. Begitu juga dengan Maizura yang turut sama memilih haluan kehidupan diluar naluri seorang wanita.

Timbul persoalan, adakah layak untuk Mahathir melaungkan Selamatkan Malaysia jika kehidupan keluarganya sendiri tidak melambangkan ianya sebagai satu contoh? Bukankah lebih baik Mahathir meluangkan sisa-sia kehidupannya memperbetulkan kepincangan yang berlaku didalam keluarganya sendiri dari mencampuri urusan negara seperti mana yang beliau lakukan hari ini?

Apa yang dilakukan oleh Marina, Mirzan, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura ini bukan sesuatu yang normal. Jika Mahathir seringkali menuduh Datuk Seri Mohd Najib dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang adakalanya cukup melampau, bagaimana pula imej yang dipaparkan menerusi kesemua anak dan cucunya ini? Adakah ia wajar dicontohi oleh para pengikutnya?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*