Malaysia Jadi Lubuk Cipta Kekayaan, Siapa Kata Malaysia Bangkrap?

Laporan sebuah akhbar tempatan ada melaporkan bahawa Malaysia akan memiliki 20 orang kaya taraf bilionair dengan memiliki lebih RM3.5 bilion aset menjelang tahun 2018.

Bukan itu sahaja, Malaysia akan melahirkan 30,054 orang jutawan dengan memiliki aset lebih RM3.5 juta pada susur masa yang sama.

Perkara itu ditunjukkan oleh Wealthsight, iaitu satu pusat penyelidikan dan kajian yang melihat kekayaan serta kecairan wang dalam pasaran yang berpangkalan di United Kingdom (UK) dalam laporan keluarannya bertajuk ‘Jutawan di Malaysia : 26,000 dan Terus Bertambah’.

Dalam laporan berkenaan, tahun lepas negara in ada lebih 26,000 orang yang masuk di bawah kategori individu kaya dengan nilai bersih tinggi (HNWI) dengan kekayaan mereka berjumlah AS$151 bilion (RM528 bilion).

Kalau diperjelaskan, HNWI menunjukkan individu dengan aset bersih lebih RM3.5 juta, tidak termasuk nilai kediaman mereka.

Wealthsight dalam laporan mereka itu juga menyebut HNWI Malaysia berkembang pada kadar luar biasa iaitu 59.6 peratus antara tahun 2009 dan 2013 serta diramalkan meningkat kepada RM721 bilion pada tahun 2018.

Pertumbuhan kumpulan bilionair Malaysia juga dikatakan besar dengan nilai keseluruhan mereka mencecah RM161 bilion pada tahun lepas.

Apa yang menakjubkan, bilionair di Malaysia juga mempunyai 209 peratus lebih banyak kekayaan berbanding keseluruhan jutawan yang ada di negara Paraguay.

“Kekayaan keseluruhan Malaysia adalah sama dengan negara seperti Argentina (RM560 bilion), Colombia (RM539 bilion) dan Indonesia (RM721 bilion),” katanya.

Penganalisisnya Tom Carlisle berkata Malaysia mempunyai penduduk 28.3 juta orang mempunyai jumlah jutawan yang hampir sama dengan Indonesia yang penduduknya berjumlah 237.6 juta orang.

“Ini menunjukkan potensi besar pertumbuhan jutawan di Malaysia,” katanya.

Laporan ini secara tersiratnya menunjukkan ramai jutawan lahir hasil dari suasana ekonomi yang baik dengan kuasa membeli rakyat yang besar sehingga mereka boleh mencipta kekayaan dengan hanya menjalankan bisnes di dalam negara sahaja.

Mereka tidak perlu berbelanja besar dan kebanyakan jutawan yang dilihat begitu pantas lahir sekarang ini adalahlah jutawan produk kecantikan yang mendapat sambutan di luar jangkaan oleh rakyat Malaysia.

Ia menunjukkan tuduhan pembangkang dan penyokong mereka bahawa Malaysia menuju kebankrapan adalah salah malahan Malaysia menjadi lokasi mereka berjual beli dan mencipta kekayaan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE