Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Kelantan Kena Banjir Setiap Tahun Sebab Bala – Husam

By editor January 6, 2017 : 2:39 pm

BEKAS Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa telah memuatnaik satu status bersama dengan video yang menguriskan hati rakyat Kelantan. Beliau menyeru mereka agar bertaubat dan beristighfar seolah-olah selama ini rakyat Kelantan telah melakukan begitu banyak dosa-dosa besar sehingga mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

Memang kita akui bahawa umat Islam disarankan agar sentiasa bertaubat dan beristighfar memandangkan kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun gesaan Husam dilihat sebagai tuduhan liar yang mengambarkan rakyat Kelantan sebagai terlalu jahat sehingga Allah s.w.t menurunkan bala banjir pada setiap hujung tahun.

Rakyat Kelantan tahu bahawa banjir lumpur beberapa tahun lalu diakibatkan oleh tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang berkepentingan melakukan pembalakan haram sehingga memusnahkan alam sekitar negeri tersebut.

Malah ada pihak yang berpendapat bahawa pemimpin DAP turut memainkan peranan dalam kemusnahan ekosistem hutan di Kelantan melalui rundingan yang membabitkan pelantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai Menteri Besar Negeri Perak ke-10.

Sebelum PRU14.tv mengulas lebih lanjut, kami ingin memberi gambaran ringkas berkenaan Husam. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Naib Presiden PAS. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan.

Pada November 2007, Husam Musa dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan oleh YB (BN) Dato’ Norzula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik . Pada tahun 2009, Husam menyatakan bahawa beliau tidak akan menyokong gabungan UMNO dan PAS kerana UMNO dikatakan tidak memahami misi dan visi parti. Beliau akan menentang Presiden PAS sebagai idea kerajaan campuran antara UMNO dan PAS.Pandangan Husam Musa untuk mencabar presiden parti telah menjadi tamparan hebat terutama dalam puak ulama ‘PAS. Dalam temu bual dengan The Star, Husam berjenaka mengatakan bahawa “janggut saya tidak cukup panjang” dan itulah mengapa dia tidak mendapat sokongan ulama’.

Husam Musa pernah mengeluarkan kenyataan menyifatkan DAP jauh lebih baik berbanding UMNO. Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Husam mungkin lupa bahawa PAS terpaksa menggugurkan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan menangguhkan pelaksanaan hukum hudud akibat penentangan daripada pemimpin parti tersebut. Akhirnya beliau telah dipecat daripada Parti PAS pada 23 April 2016 atas tindakan melanggar tatatertib.

Jika kita amati peribadi manusia yang bernama Husam Musa ini, beliau dilihat lebih sanggup menjadi “anjing” DAP yang sentiasa menentang Islam daripada bekerjasama dengan parti UMNO untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Layakah beliau menuduh seluruh rakyat Kelantan sebagai pendosa yang perlu bertaubat sedangkan beliau sendiri sedang “menjilat” parti yang berusaha sejak turun temurun untuk menghancurkan orang Melayu dan umat Islam?

  • PRU14.tv

 

BAH DAN ISTIGHFAR

Sebelum bah besar melupuskan ummat Nuh a.s, mereka telah diperingatkan untuk bertaubat dan beristighfar.

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
(Nuh 71:10)

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”
(Nuh 71:28)

Istighfar boleh mengelakkan bala dari turun atau mengangkat bala yang sedang turun.

Perbanyakkan istighfar.

Berseorangan, bersama keluarga atau beramai-ramai.

Saya mengikuti perkembangan banjir di Pantai Timur, khususnya di Kelantan dari sempadan Turki Syria. Pada waktu ini, kami sedang berkereta dari bandar Raihaniyat ke Urfa yang memakan masa selama lima jam.

Bagi pihak diri saya, saya telah menderma RM 7 ribu kepada Tabung Banjir Amanah Kelantan untuk bantuan kepada mana yang terlibat.

“Ya Allah, usahlah Engkau bala’kan kami dengan dosa-dosa kami. Jangan pula Engkau binasakan kami dengan kesalahan-kesalahan kami. Ampunkan dosa-dosa kami dan ampunkan ummat Nabi Muhammad s.a.w di mana sahaja mereka berada’.

Doa dari kami dalam musafir untuk membantu ‘adik beradik’ kita di bumi yang jauh, bagi keselamatan kepada semua rakyat yang sedang dilanda banjir.

YB Dato Husam Musa
Raihaniyat ke Urfa, sempadan Turki-Syria
4 Januari 2017/5 Rabiul Akhir 1438

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE