Dr Mahathir Diminta Tarik Balik Kenyataan BR1M Dan Haji Serta Mohon Maaf

Share This:

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini diminta untuk menarik balik kenyataannya yang menghina penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan berkaitan program haji Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim meminta agar beliau turut memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan kenyataan melampau Pengerusi PPBM itu.

Menurut beliau, kenyataan Dr Mahathir itu dilihat seperti mahu menunjukkan diri beliau penuh dengan kebaikan manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebaliknya.

“Tuduhan tersebut sangat besar dan perlihatkan segala kebaikan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib, semuanya tidak diterima Allah SWT.

“Saya berharap agar Tun Mahathir dapat menarik semula dakwaan tersebut dan memohon maaf kepada jemaah Haji di bawah tajaan Yayasan 1MDB kerana ramai jemaah haji dari parlimen Kuala Selangor yang terguris dengan tuduhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam ceramahnya, Dr Mahathir ada mendakwa status jemaah haji dalam program itu sebagai tidak mabrur.

Irmohizam turut kesal dengan sikap Dr Mahathir itu yang dilihat takabur terlampau ekstrem dalam mempertikaikan sesuatu kebaikan.

“Beliau tidak boleh bersikap takabur dengan menentukan status ibadah haji seseorang kerana setiap ibadah hanya mampu ditentukan olehNya sahaja,

“Kelantangan beliau yang melampaui batas mungkin didorong atas sebab-sebab politik,” katanya lagi. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*