Dah Lama Saya Rasa Sakit Perut, Rupa-rupanya Ada Gunting Tertinggal Dalam Perut Selama 18 Tahun

Share This:

Haih. Ini memang kes naya. Seorang lelaki Vietnam yang mengalami sakit perut, tidak menyangka kesakitan itu berpunca daripada gunting pembedahan yang tertinggal di dalam perutnya selepas dia menjalani prosedur berkenaan kira-kira 18 tahun lepas.Lelaki tersebut bernama Ma Van Nhat yang berusia 54 tahun telah menjalani pembedahan pada 1998 susulan satu kemalangan jalan raya dan tanpa disedarinya, prosedur berkenaan telah menyumbang kepada kesilapan perubatan.

Dalam pada itu, dia hanya mengetahui kesilapan tersebut selepas mengalami sakit perut. Pembedahan untuk mengeluarkan gunting terbabit telah dijalankan pada hujung minggu lalu.

Lebih mengejutkan adalah ukuran gunting itu adalah sepanjang 15 cm. Pembedahan yang dijalan bagi mengeluarkan gunting terbabit mengambil masa selama tiga jam di sebuah hospital yang terletak kira-kira 50 batu dari utara Hanoi.

Kini, ihak berkuasa sedang mengesan doktor yang melakukan kesilapan tersebut. Setakat ini dalang berkenaan masih belum dikesan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*