Muhyiddin Mula Dihentam, Percutiannya Ke Eropah Dipertikai Khairuddin

Nampaknya Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mula berasa bahang sepertimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikritik berkali-kali tanpa asas kukuh tetapi dalam kes Muhyiddin, beliau dikritik bertubi-tubi dengan ada asas kebenaran.

Difahamkan kini, orang kanan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan nampaknya menghentam Muhyiddin dengan mempertikaikan percutian bekas Timbalan Perdana Menteri itu ke Eropah ketika PPBM berada dalam masalah dan sedang huru-hara.

Sebelum ini, Khairuddin juga yang membangkitkan isu skandal berunsur seks Muhyiddin yang membabitkan prosiding mahkamah ketika ini.

Memetik tulisan entri blog Captain M, penulisnya mendakwa tindakan Muhyiddin bercuti hanya akan menjejaskan dan merencatkan gerak kerja ahli serta pemimpin PPBM di peringkat akar umbi.

“Semua orang kelam-kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak bercuti.

“Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos. Segala kemungkinan boleh berlaku, Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia Presiden parti,” kata Khairuddin dengan nada serius.

Ketika beliau di luar negara itulah, Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin disingikirkan dari jawatan selepas diserang habis-habisan juga berkaitan skandal seks.

Pengerusi PPBM nampak sangat ada kaitan dengan Khairuddin kerana sampai sekarang masih berdiam diri berkenaan kritikan langsung ke atas Presidennya.

Muhyiddin difahamkan dalam percutian bersama anaknya yang juga pemilik Thriven Berhad Fakhri Yassin dan menantunya Adlan Berhan yang juga kaya hasil projek Biometrik dan BestariNet.

Kata Khairuddin lagi… “Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali. Selepas PRU kalau dia hendak bercuti, bercutilah. Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan, ini tidak keluar negara berminggu-minggu,” kata Khairuddin lagi.

Bekas Timbalan Presiden UMNO itu difahamkan menikamti sajian makanan mewah di Park Hyat di Vienna, Austria.

Muhyiddin sempat melihat lukisan karya pelukis terkenal dunia.

Nampaknya, kata-kata bahawa Muhyiddin juga akan disingkirkan dari jawatan Presiden nampaknya ada kebenarannya dan kemudian anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz akan dilantik sebagai Presiden menggantikannya.

Saat itu, jalan cerita Muhyiddin akan berakhir sama ketika di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) ataupun ketika di luar di pihak pembangkang memimpin PPBM. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*