Mohamad Ezam Sebenarnya Proksi Dr M Dari Luar PPBM?

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd Nor nampaknya kini semakin aktif memberikan kenyataan menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggunakan modal yang sama iaitu hal RM2.6 bilion yang sudah pun diperjelaskan berkali-kali.

Beliau baru-baru ini telah mengumumkan bahawa beliau keluar dari PPBM selepas tiga bulan menyertai parti itu atas alasan mahu menumpukan perhatian kepada badan bukan kerajaan (NGO) anti-rasuah, Hisbah Center For Reform (Hisbah) yang dipengerusikannya.

Tempoh tiga bulan untuk Mohamad Ezam keluar dari parti amatlah mencurigakan dan ada pihak menyifatkan beliau kini berfungsi sebagai proksi Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkritik Najib dari luar parti tidak kelihatan seperti beliau di bawah Dr Mahathir.

Semalam, dalam twitternya beliau memperlekehkan Najib yang juga Menteri Kewangan berkaitan isu RM2.6 bilion berkenaan.

“Saya tak boleh tanding Najib peringkat dunia, pencapaian terbaik 2016, PM terhebat dalam dunia ada 2.6 bilion dalam akaun peribadi.

“Tiada yang setandingnya,” katanya dalam tweetnya semalam.

Sebelum ini, apabila sudah umumkan keluar dari UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mohamad Ezam benar-benar berdiam diri dan enggan melibatkan diri terlalu aktif dalam politik dan banyak menghabiskan masa di Jakarta, Indonesia dengan aktiviti untuk Hisbah.

Bagaimanapun, selepas keluar dari PPBM beliau terus aktif menghentam Najib tidak seperti sebelum ini menggunakan skrip yang sama seperti yang digunakan oleh Dr Mahathir.

Beliau boleh katakan penulis adalah penulis upahan Najib dan pemakan dedak tetapi apa yang berlaku di depan mata serta sejarah melibatkan dirinya tidak boleh beliau nafikan sama sekali.

Padahal dakwaan wang RM2.6 bilion di dalam akaun Najib sudah pun dibuktikan sumbernya melalui siasatan pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Boleh dikatakan juga, Mohamad Ezam mempunyai akses ke atas itu kerana pada masa ia mula berbangkit, beliau masih lagi mempunyai jawatan dalam Kementerian Kewangan di bawah Najib.

Pelbagai pihak juga sudah mula memandang rendah kepada beliau apabila sering masuk dan keluar parti bermula dari PKR, UMNO dan kini PPBM. Ia jelas menunjukkan Mohamad Ezam adalah seorang yang tidak kukuh pendiriannya dan merupakan seorang yang oportunis. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*