Tanah Pertanian Untuk Belia Terengganu

Share This:

Penjelasan ISU Tanah Yang Di Umumkan Kerajaan Kepada Golongan Belia Di Negeri Terengganu telah dimuat naik oleh portal  kulihatlangibiru.com .Penjelasan yang cukup boleh difahami oleh segenap lapisan masyarakat dan rakyat Terengganu terutamanya belia dibawah 40 tahun (B40) yang mana telah menjadi tanda tanya sebelum ini.

Mungkin semasa sidang media yang diadakan selepas perasmian Projek Rancangan Khas Binjai Kertas-Nasi Dingin (RKBKND) di Hulu Terengganu pada bulan Mei 2016 lalu telah disalah tafsirkan oleh golongan berkenaan.

Selaras dengan transformasi ekonomi yang diterapkan oleh kerajaan negeri Terengganu, pemberian tanah tersebut akan lebih memberi manfaat kepada golongan belia untuk terus menjana ekonomi mereka sendiri dan juga negeri Terengganu.

Antara yang dapat diperjelaskan adalah seperti mana berikut :-

Isu tanah pemberian kerajaan seperti yang diviralkan dalam media alternatif adalah bertujuan untuk menggalakan rakyat Terengganu B40 yang tiada memiliki tanah bergiat cergas dalam sektor pertanian.  Kerajaan negeri dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan menggalakkan rakyatnya untuk terus berusaha meningkatkan ekonomi melalui aktiviti pertanian.

Justeru itu tanah yang dicadang adalah untuk diusahakan bagi peserta yang berminat dalam bidang pertanian. Peserta mestilah membuat proposal atau kertas cadangan yang sempurna dan berdaya saing serta mampu menjana ekonomi individu atau kumpulan.

Kerajaan bukan bercadang memberi tanah kepada rakyat keseluruhannya secara ‘open’ terbuka iaitu setiap orang yang dikategori B40 atau sesiapa sahaja boleh memohon tanpa tujuan asas, akan tetapi setiap permohonan mestilah disertakan tujuan dan cadangan yang berekonomi serta mampu menjana pendapatan mereka dan kumpulan.

Oleh itu kerajaan negeri akan menimbang permohonan tersebut. Malah kerajaan akan turut membantu peserta mengusahakan tanah tersebut melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Untuk makluman juga, pihak kerajaan sangat mengalu- alukan permohonan dari individu-individu atau kumpulan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam projek yang berkaitan serta berpotensi untuk dimajukan dalam sektor tersebut.

Tanah yang telah dikenal pasti itu individu atau kumpulan juga serta kerajaan bercadang memberikan Lesen Menduduki Sementara (LMS) kepada belia-belia terutama kepada lepasan Universiti atau graduan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dan projek-projek berkaitan pertanian.

Pemohon mestilah mengenal pasti tanah yang hendak diusahakan dan permohonan boleh dibuat terus kepada pejabat tanah daerah masing-masing.

Usaha yang baik dari kerajaan negeri harus diterjemahkan dengan sebaik mungkin dan ianya akan dilaksanakan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pentadbir tanah disetiap daerah di negeri Terengganu ini.

  • Terengganu Times

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*