Siti Kasim Hasut Orang Asli Benci Kerajaan Pusat, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Perhutanan, Polis Dan Kerajaan Kelantan

RAKYAT kini kenal wajah sebenar Siti Kasim yang merupakan seorang peguam yang pro pembangkang. Di mana sahaja beliau berada maka kita akan dapat melihat siri kekacauan atau kekecohan yang seolah-olah dirancang dan mempunyai agenda tersembunyi.

Siti Kasim bertindak seolah-olah beliau menerima arahan daripada pembangkang yang diketuai DAP. Masihkah kita ingat bagaimana ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memfitnah kerajaan Barisan Nasional?

Di mana sahaja Rafizi berdiri maka di situlah berlaku kekacauan yang disulami dengan fitnah dan meknah. Dan sudah tentu jalan ceritanya fokus kepada memberi gambaran buruk berkenaan kerajaan dengan bersandarkan fitnah.

Kita masih terbayang-bayang lagi “sumpah” DAP yang mahu orang Melayu rosakan orang Melayu sendiri seperti yang pernah diucapkan oleh Hew Kuan Yau dihadapan penduduk Kuching sewaktu kempen PRN Sarawak bagi mempromosikan calon DAP, Abdul Aziz Isa bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

“Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang. Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak. Mungkin akhirnya selepas 36 tahun, DAP akan ada ADUN Melayu di Sarawak “Supaya Aziz boleh skrew (jahanamkan) puak Melayu sendiri. Skrew Melayu korupt sendiri. Skrew Pok Kai puak Melayu sendiri (biar orang Melayu gagal),” katanya dalam petikan video tersebut.

Kini kita boleh lihat bagaimana Siti Kasim yang merupakan orang Asli sedang dipergunakan oleh pembangkang yang diketuai DAP untuk memusnahkan orang Asli itu sendiri.

Sejak beberapa bulan yang lepas, Siti Kasim secara konsisten dilihat cuba menghasut Orang Asli membenci dan menentang kerajaan pusat, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Perhutanan, polis dan kerajaan negeri.

Semalam, Pemuda PAS Kelantan tampil membuat sejumlah aduan polis terhadap peguam Siti Kasim kerana didakwa menjadi ‘dalang utama’ di sebalik kebangkitan Orang Asli menghalang aktiviti pembalakan di Gua Musang.

Dua laporan polis dibuat pagi kelmarin, manakala 13 lagi – bagi setiap kawasan di negeri itu – dibuat semalam.

Menurut laporan tersebut, berdasarkan status yang dimuat naik oleh Siti Kasim di Facebook, kandungannya didapati bersifat “fitnah, bohong, menghina, menghasut dan mengancam” kerajaan Kelantan. Disamping itu juga ianya didakwa mengecam kakitangan awam yang terlibat dalam pertikaian berkenaan.

Langkah Pemuda PAS Kelantan bertindak membuat laporan polis bagi mengelakan berlakunya ketegangan kaum menjadi lebih buruk dan membawa kepada kemungkinan berlaku pertumpahan darah. Kenyataan itu merujuk kepada insiden yang dilaporkan berlaku di Sungai Rual di Jeli, Kelantan pada 1990-an.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE