Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Takkan Ini Pun Salah Najib Jugak

By Samurai Biru December 7, 2016 : 6:32 pm

Pada 13 Disember ini, negara akan menyaksikan pertabalan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong dan timbalannya untuk kali ke 15. Untuk giliran kali ini, Sultan Muhammad ke V dijangka akan ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan ditabalkan sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong.

Pada kebiasaannya, pada acara terbesar negara ini, kesemua pemimpin utama negara akan dijemput ke Istana Negara bagi menjayakan adat istiadat pertabalan ini. Malah, orang kenamaan termasuk para duta-duta asing turut di jemput sebagai tetamu khas DiRaja.

Namun lain pula halnya dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Jemputan terhadap beliau diberitakan telah dibatalkan pada saat akhir oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja walaupun pada awalnya, beliau telah dijemput.

Menerusi sehelai surat yang ditandatangani oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad, pembatalan ini disebabkan oleh pihak pejabat tidak menyediakan ruang khas buat Mahathir bagi menghadiri majlis pertabalan ini. Ini mengelakkan Mahathir dimalukan secara tidak sengaja andai beliau hadir kedalam majlis itu nanti.

Surat berkenaan pantas dibidas oleh anak perempuan Mahathir, Marina yang diluahkan menerusi akaun Twitter miliknya 3 jam yang lepas. Marina dilihat menulis, “siapa sebenarnya yang akan tersipu-sipu nanti” sambil mengepilkan surat pembatalan yang telah ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan.

Namun begitu, sehingga artikel ini di siarkan, tiada sebarang ulasan dibuat oleh Mahathir berhubung pembatalan jemputan ini.

Apa yang menarik untuk diperkatakan, seperti biasa, jika ada sesuatu yang menimpa Mahathir, pastinya para pentaksubnya akan mula menunding jari terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib. Malah, sehingga kini, setiap apa yang berlaku di dalam negara, pasti akan dikaitkan dengan beliau walaupun kaitan berkenaan cukup bodoh dan tidak masuk akal.

Tidak mustahil, akan ada tohmahan dan fitnah-fitnah dilemparkan terhadap Datuk Seri Mohd Najib berhubung pembatalan jemputan ini. Walhal, puak-puak ini terlupa, para jemputan adalah atas perkenaan bakal Yang DiPertuan Agong itu sendiri serta perbincangan yang dibuat oleh sekreteriat majlis dengan pihak Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sememangnya, ramai yang berharap, tidak timbul dakwaan dan fitnah berkenaan. Namun jika direnung semula kepada semua perkara yang telah berlaku keatas Mahathir mahupun negara, jari pentaksub dan penyokong pembangkang ini akan mula menunding kearah Datuk Seri Mohd Najib walaupun beliau langsung tidak terlibat dalam pemilihan siapa yang patut hadir dalam upacara pertabalan itu nanti.

Comments

comments

Share This:

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK


TWITTER





CAPAIAN

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE