Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Kenapa Jabatan Penjara Benarkan Anwar Buat “Sidang Akhbar” Di Mahkamah

By editor December 6, 2016 : 11:12 am

RAKYAT  tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang penjenayah liwat namun mereka agak keliru memandangkan beliau dilihat amat kerap membuat penampilan di mahkamah serta sering memberikan kenyataan kepada pihak media.

Adakah banduan mempunyai hak untuk membuat kenyataan media sekerap yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim? Jika tidak maka rakyat menuntut pihak Jabatan Penjara menjelaskan perkara tersebut.

Ramai pihak berpendapat kakitangan Jabatan Penjara yang mengiringi Anwar Ibrahim ke mahkamah telah menerima “habuan” untuk membolehkan beliau membuat “sidang akhbar” secara tidak langsung.

Oleh itu, rakyat mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung perkara ini. Mereka perlu menyiasat samada pegawai penjara tersebut ada menerima “habuan” dari Anwar atau pun tidak. Tindakan Anwar memberi kenyataan kepada pihak media juga perlu disiasat. Perlu kita tekankan di sini bahawa Anwar adalah penjenayah liwat.

Anwar, 69, kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.

Semalam beliau didapati membuat kenyataan berkenaan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir kelmarin. Bagi penjenayah liwat ini, beliau melihat PAU kali ini gagal menyentuh isu melibatkan orang Melayu dan negara.

Ironinya, bagaimana seorang banduan atas kesalahan jenayah liwat membuat kenyataan tersebut. Adakah beliau mendapat keistimewaan “luar biasa” ketika berada dalam penjara sehingga mampu memberi kenyataan kepada pihak media? Perkara tersebut perlu disiasat.

Untuk makluman, Anwar gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah. Kita sebenarnya tahu bahawa tindakan Anwar tersebut sekadar untuk membolehkan beliau berada di luar penjara semata-mata disamping beliau boleh mengambil kesempatan untuk memberi kenyataan kepada pihak media. Dalam perkara ini, pihak Jabatan Penjara perlu disiasat.

  • PRU14.tv

 

 

Comments

comments

Share This:

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK


TWITTER





CAPAIAN

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE