2.6 Bilion Jauh Lebih Kecil Dari Kekayaan Anak Dr Mahathir

Kumpulan yang memihak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering menggunakan hal wang derma RM2.6 bilion untuk memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menuduh itu adalah perbuatan salah guna kuasa oleh Perdana Menteri.

Tetapi adakah anda tahu bahawa kekayaan anak Dr Mahathir, Tan Sri Mokhzani lebih besar nilainya daripada derma sekali yang diterima oleh Najib dari pihak Keluarga Diraja Arab Saudi itu?

Sebuah blog pernah memetik anak Dr Mahathir, Mokhzani ada disenaraikan sebagai orang ke-14 paling kaya di Malaysia.

Pada masa itu, sekitar tahun 2012, kekayaannya ialah RM2.1 bilion. Kekayaan itu sudah pastinya meningkat setiap tahun berdasarkan perolehan dan pulangan pelaburan serta perniagaan yang dilakukan oleh beliau.

Difahamkan, kekayaan yang dikumpul hasil “usaha” dirinya sendiri itu sudah dinikmati seawal umur 37 tahun dan dikatakan Mokhzani pernah ada pegangan saham dalam 200 buah syarikat bersama dengan isterinya. Kalau dihitung setiap tahun, Mokhzani mengumpulkan RM54 juta setiap tahun pada masa itu.

Kalau dibandingkan dengan derma RM2.6 bilion itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun melakukan siasatan bahawa derma itu adalah satu derma untuk kerja politik Barisan Nasional (BN) dan ia tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Hasil siasatan juga mendapati lebihan wang derma yang diberikan kepada Najib itu pun sudah dipulangkan semula kepada penderma.

Bayangkanlah betapa besarnya kekayaan anak-anak Dr Mahathir jika dibandingkan dengan derma berkenaan.

Dalam sebuah portal pada tahun lepas pula, Mokhzani begitu kaya sampai ada koleksi peribadi kereta mewah yang bernilai RM36.2 juta iaitu kira-kira 18 buah kereta.

Semua perkara ini tidak pernah pun dijawab oleh Dr Mahathir tetapi beliau asyik mengatakan bahawa anaknya tidak kaya. Itulah gaya Dr Mahathir yang mengambil pendekatan tidak perlu mengaku perbuatan sendiri sebaliknya kritik dan tuntut penjelasan daripada orang lain.

Apa yang dituntut oleh Dr Mahathir bukanlah kebenaran sebaliknya, pihak berkenaan akur dengan kehendaknya dan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Bukan setakat Mokhzani yang kaya, belum disebut lagi kekayaan Mirzan dan juga Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM dan pernah menjadi Menteri Besar Kedah.

Apa kata para penyokong Dr Mahathir dan PPBM, tuntut penjelasan dari Dr Mahathir yang juga Pengerusi parti baru itu menjawab segala persoalan berkaitan harta kekayaan keluarga mereka yang amat-amat dicurigakan sejak dahulu lagi. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE