Siti Kasim Dimusuhi PAS – Pemimpin PAS

Share This:

Seorang anggota jawatankuasa PAS mendakwa peguam Siti Kasim bukan pencinta alam sekitar dan tidak benar-benar mahu membela kaum masyarakat Orang Asli di Kelantan.

Beliau yang  bernama Muhammad Sanusi mendakwa apa yang dilakukan peguam berkenaan disebabkan memusuhi kerajaan negeri Kelantan.

“Hal di Kelantan itu digerakkan oleh parti politik, berpakat dengan penentang kelulusan undang-undang Islam seperti Siti Kasim yang memusuhi kerajaan negeri Kelantan, bukan pencinta alam sekitar, jauh sekali pencinta orang asal” katanya.

“Pokoknya asasnya ialah persepsi, memusuhi bukan mencintai” katanya lagi dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Harakahdaily semalam.

Selain itu, Siti Kasim merupakan antara individu yang lantang bersuara berkaitan isu-isu yang memberi kesan terhadap masyarakat Orang Asli termasuk Orang Asli Temiar di Gua Musang.

Muhammad Sanusi juga berkata, individu yang benar-benar mengambil berat untuk menghentikan pembalakan demi memelihara hutan dan kehidupan termasuk Orang Asli, patut melobi untuk mengharamkan pembalakan.

Jelasnya, pembalakan yang berlaku ketika ini juga tidak salah memandangkan terdapat undang-undang dan prosedur di bawah Jabatan Perhutanan yang mengawal selia aktiviti berkenaan.

Tambahnya lagi, embalakan hanya menjadi jenayah apabila terdapat pihak yang melanggar undang-undang berkenaan.

“Jika ada keprihatinan awam untuk menghalang pembalakan bagi menjaga kelestarian hutan dan kehidupan orang ramai termasuk Orang Asli, mereka patut melobi pindaan undang-undang supaya mengharamkan pembalakan sama sekali” ujar beliau.

“Jangan ada mana-mana negeri dan pengusaha yang diizinkan mengusahakan pembalakan” ujarnya.

“Jika keprihatinan itu hanya ditujukan kepada satu negeri sahaja iaitu Kelantan, tetapi tidak prihatin pula kepada negeri lain yang turut meluluskan pembalakan, seperti Sarawak, Sabah atau Pahang, yang jauh lebih besar dan banyak pengeluarannya, keprihatinan itu tentu mempunyai muslihat” ujarnya lagi.

“Muslihat yang boleh disyaki dalam kategori jahat! Jika kerajaan negeri dihalang daripada mengusahakan hutan sebagai sumber hasil, bolehkah dicadangkan sumber hasil lain kepada kerajaan negeri dan 127,757 orang pekerja yang terbabit dalam industri itu?” soalnya.

Ekoran itu, katanya, musuh sebenar dalam industri pembalakan adalah mereka yang melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan yang melanggar undang-undang.

Selasa lalu, pihak berkuasa telah melakukan tangkapan terhadap masyarakat Orang Asli yang melakukan sekatan di hutan simpan kekal di Gua Musang.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan menggesa agar sekatan dihentikan dan menegaskan bahawa aktiviti pembalakan yang berlaku adalah sah kerana ia sumber penting pendapatan negeri.

Walau bagaimanapun, pendekatan yang diambil bagi menamatkan sekatan berkenaan mencetuskan kemarahan dari kumpulan hak asasi manusia.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*