Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Kerajaan Pusat Ditentang Group Kami Guru Malaysia (KGM)

By Malik November 15, 2016 : 5:55 pm

Tidak dapat dinafikan bahawa Facebook telah menjadi medium sosial kegilaan ramai sejak 5 tahun kebelakangan ini. Walaupun hebat menghadapi saingan dari medium sosial alternatif seperti Telegram, Whatsapp, Tweeter dan lain-lain, namun ia tetap menjadi pilihan orang lama dan baru untuk menjadi sebahagian daripada ‘dunia baharu’ ciptaan Mark Zuckerberg ini.

Kini, pelbagai fungsi dan kelebihan yang disediakan oleh Facebook membolehkan pengguna mewujudkan platform seperti ‘page’, group dan terkini FB LIVE yang membolehkan para pengguna merakam serta memuat turun video secara langsung dari lokasi mereka berada.

Pelbagai genre ‘page’ dan ‘group’ tumbuh bagai cendawan selepas hujan turun di Malaysia. Ada yang menetapkan hala sokongan politik tertentu, ada yang berkongsi hobi dan ada juga yang sekadar ‘syok’ sendiri. Ada juga dalam kalangan ‘group’ tertentu yang ditubuhkan mengikut pekerjaan majoriti ahli kumpulan dan juga kegemarannya.

Di kalangan penjawat awam juga aktif memainkan peranan mewujudkan ‘group’ yang murni pada awal tujuan penubuhan dan kemudian lama kelamaan bertukar menjadi sarang kumpulan anti kerajaan. Dengan penetapan ‘admin’ yang mempunyai kecenderungan politik tertentu mengambil kesempatan untuk menabur racun serta doktrin memburukkan kerajaan semasa yang memerintah kepada ahlinya.

Bagaimanapun, mereka menyedari ia sebenarnya menjadi kesalahan mengikut Buku Perintah Am kerana mengeluarkan kenyataan di media tanpa kebenaran ketua jabatan masing-masing kerana mereka beranggapan bahawa akaun FB mereka bersifat peribadi dan adalah menjadi hak mutlak mereka untuk menulis apa jua secara bebas.

Pekara yang menarik perhatian adalah apabila pertembungan ego dan super ego serta bengong dan super bengong sebuah group penjawat awam dengan seorang doktor pakar. Isu ini dikatakan bermula apabila doktor pakar berkenaan yang sentiasa menulis mengenai isu dan pelbagai perkara berkaitan kerajaan menyentuh mengenai guru dalam tulisannya.

Apabila ‘Printscreen’ status doktor pakar tersebut telah viral dan dilaporkan telah dipaparkan dalam sebuah group yang dikenali sebagai Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang turut mempunyai sub-group kononnya khusus untuk memberikan guru yang ada meluahkan perasaan, geram dan marah kepada kerajaan.

Menurut sumber, hampir tiada status menghentam keburukan pembangkang yang dinaikkan atau diluluskan admin group tersebut. Hanya isu atau status pro pembangkang sahaja yang dilepaskan serta sentiasa menjadi perhatian untuk diprovokasi oleh barisan admin yang majoritinya adalah guru yang masih berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Memang kelihatan pelik tetapi ia benar berlaku. Alasan yang selalu diberikan ialah ia adalah hak bersuara dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Namun, hujah tersebut biasanya tidak akan terpakai untuk setiap status yang cenderung kepada pro kerajaan.

Di antara pemimpin negara yang sering menjadi sasaran hentaman, hinaan, caci maki ahli group tersebut ialah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dan Dato Ahmad Maslan serta beberapa orang lagi pemimpin yang sentiasa akan menjadi bahan mainan mereka yang ada dalam sub-group berkenaan.

Sumber menyatakan bahawa pihak KPM sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kewujudan group ini tetapi anehnya mereka tidak mengambil apa apa tindakan sekali pun terhadap mana mana admin atau ahli yang secara terang menjadi ‘tali barut’ kepada pembangkang dalam group ini.

Walau bagaimanapun, ada yang lebih berani mencabar pihak atasan di KPM namun sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada tindakan lanjut yang tegas diambil terhadap salah laku dan etika guru dalam group tersebut. Menteri pula sekadar memberi amaran lembut mungkin kerana risau guru guru membenci beliau dan ini akan mengancam populariti menteri yang dikatakan sedang menyasarkan kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan datang.

Oleh itu, mungkin telah memberikan satu ruang yang luas kepada guru dalam group itu untuk terus menunjukkan kepakaran mereka melaksanakan doktrin pembangkang dan tidak hairanlah kenapa prestasi keseluruhan akademik dalam peperiksaan utama menunjukkan data yang kurang memberangsangkan.

Sekarang, apakah KPM masih mahu mengekalkan status quo mereka dengan hanya melaksanakan polisi memantau tanpa sebarang tindakan tegas kerana melanggar peraturan yang sedia digariskan dalam Buku Perintah Am yang sedang berkuatkuasa?

 Sumber: Malaysia Response

-pru14.tv-

Comments

comments

Share This:

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK


TWITTER





CAPAIAN

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE