Tiada Sebab Untuk Sarawak Keluar Dari Malaysia

Share This:

Hangat diperkatakan ramai pihak berhubung satu kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan Satem yang mendakwa akan membawa keluar Sarawak daripada Persekutuan Malaysia jika permintaan autonomi pihak kerajaan negeri tidak ditunaikan oleh kerajaan pusat.

Berita ini pantas menjadi viral di laman-laman sosial kononnya, Tan Sri Haji Adenan benar-benar mahu komited dengan apa yang diperkatakannya. Lebih hebat lagi, berita berkenaan ditambah tokok untuk menampakkan, ugutan berkenaan benar-benar wujud dan sekaligus memaksa kerajaan tunduk dan akur kepada kehendak kepimpinan Negeri Kenyalang berkenaan.

images-8

Sebenarnya, cara propaganda seperti ini bukan baru sahaja berlaku. Sejak dari dahulu lagi, gerakan tuntutan autonomi dan mahu menarik keluar Sarawak dari Semenanjung memang telah lama berlaku. Mungkin ada yang pernah mendengar nama satu gerakan Sarawak for Sarawakians yang sebelum ini begitu hebat menghasut penduduk Sarawak untuk bangkit mendesak kerajaan negeri keluar dari Malaysia.

Namun, hari demi hari, gerakan ini sedikit demi sedikit mula menampakkan perpecahan dan hari ini, gerakan ini telah terpecah kepada dua kelompok utama dimana satu kelompok masih kekal dengan pendirian mahu Sarawak keluar dari Malaysia dan satu kelompok lagi, mahukan beberapa hak negeri dipulangkan dan mengkaji semula Perjanjian Penyertaan Sarawak Kedalam Persekutuan Malaysia 1963 tanpa ada desakan pemisah.

Seperti yang ditegaskan oleh Tan Sri Haji Adenan Satem sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak, pertengahan tahun ini, apa yang dituntut oleh kerajaan negeri hanyalah hak yang difikirkan bertindih atau hak negeri daripada kerajaan Persekutuan dimana ianya mungkin bertindih atau diambil tanpa sedar seperti hak sejarah, pembangunan negeri dan sebagainya.

Ujar beliau, apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinannya, bukan bermaksud untuk keluar dari Malaysia kerana beliau tahu, adalah menjadi satu kesukaran buat Sarawak menjalankan urusan pentadbiran negeri tanpa bantuan pusat.

images-9

Beliau menggariskan beberapa sebab kenapa Sarawak tidak boleh sewenang-wenangnya menuntut kemerdekaan sendiri seperti kewujudan pasukan keselamatan dan kesihatan sendiri, faktor keselamatan sempadan, sektor ekonomi dan sebagainya. Namun begitu, kerajaan negeri berhasrat untuk menuntut separa autonomi yang memberikan semula hak kerajaan negeri keatas beberapa perkara seperti pendidikan dan pembangunan negeri.

Ianya selaras dengan kemahuan satu lagi kelompok Sarawak for Sarawakians yang jelas masih kekal dengan pendirian, kerajaan negeri masih memerlukan kerajaan pusat untuk mentadbir dengan lebih berkesan, bukannya bertindak menuntut kemerdekaan. Hal ini telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan telah mendapat sokongan terus daripada kerajaan pusat.

Jadi tidak timbul ura-ura bahawa kerajaan negeri Sarawak mahu menuntut pembebasan sepenuhnya daripada Malaysia seperti yang menjadi viral baru-baru ini. Harus di ingat, baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri Sarawak, masing-masing masih memerlukan antara satu sama lain dalam banyak segi. Ianya bukan semudah memetik jari seperti apa yang telah menjadi viral sebelum ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*