Siapa George Soros, “Godfather” Bagi Pembangkang Di Malaysia?

Kebelakangan ini, nama pakar manipulasi kewangan dunia, George Soros kembali hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Semuanya gara-gara pendedahan mengejut Wikileaks mengenai aktiviti hitam Soros dalam mengatur politkk dunia. Hal ini tidak hanya terhad di negara luar, malah Soros sendiri aktif dalam meporak perandakan kestabilan politik Malaysia.

Dalam pendedahan berkenaan, Soros melalui Open Soceity Foundation telah menaja beberapa entiti dan NGO tempatan seperti BERSIH dan MalaysiaKini untuk memporak perandakan Malaysia. Malah Soros juga terlibat secara langsung dalam banyak aktiviti jahat di negara ini termasuk aktiviti manipulasi Ringgit Malaysia di pasaran antarabangsa. Persoalannya, siapakah George Soros ini?

images-12

George Soros lahir pada 12 Ogos 1930, di Budapest, Hungary dalam keluarga Yahudi di Eropah. Dinamakan sebagai György Schwartz, pada usia seawal 15 tahun, beliau telah mula menjalankan perniagaan matawang dan mula bertapak di Budapest. Pada ketika dunia sedang berada dalam keadaan kucar kacir, Soros hanya memerlukan 2 tahun untuk menjadi antara pemuda terkaya di Budapest dengan hanya bekerja sebagai peniaga matawang.

Pada usia 17 tahun (1947), Soros semakin mengembangkan sayapnya ke London apabila berhijrah ke England. Disinilah beliau menerima pendidikan tertingginya apabila berjaya menerima ijazah dari London School of Economic pada 1952. Semasa di London, beliau bekerja sebagai pengangkut barang di stesen kereta api dan pelayan restoran Quaglino untuk menampung kehidupannya.

Pada 1956 dia berhijrah ke New York dan bekerja sebagai arbitraj atau lebih tepat lagi sebagai spekulator matawang dengan pedagang F M Mayer (salah seorang ahli keluarga Rothschild) dari 1956 hingga 1959. Kemudian beliau bekerja sebagai penganalisis di syarikat Wertheim and Company, salah sebuah syarikat Rockefeller, kuasa kewangan dunia, dari 1959 hingga 1963.

Dalam pekerjaannya, Soros percaya kepada falsafah “reflexiviti” yang dikembangkan oleh Karl Popper. Menarinya, dari 1963 hingga 1973, beliau bekerja pula dengan Arnhold and S Bleichroeder, sebuah anak syarikat keluarga Armschel Rothschilds dan berjaya menjadi Naib Presiden syarikat berkenaan sebelum betindak menubuhkan Soros Fund Management, setahun kemudian.

Jika dilihat daripada rentetan hidupnya, mungkin ada yang meletakkan kekagumannya kepada kebijakan Soros ini. Namun hakikat sebenar, Soros merupakan antara 300 Elite Jews yang bertanggungjawab mengatur cara sistem pemerintahan dunia hari ini. Malah, Soros antara penyumbang terbesar kepada pergerakan Georgia Rose dengan tujuan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.

download-13

Bermula dari sinilah, Kesatuan Soviet mula runtuh dan seterusnya membentuk Rusia yang kita kenali hari ini. Peranannya dalam mengatur corak ekonomi dunia juga agak mengerikan. Seolah-olah mempunyai satu butang khas yang hanya tunggu untuk di tekan, Soros akan mula memainkan kewangan sesebuah negara hanya dengan mencetuskan persepsi.

Daripada persepsi inilah matawang sesebuah negara itu menjadi lemah dan seterusnya menterjebakkan sesebuah negara kepada hutang kepada Bank Dunia milik Rockefeller, bekas manjikannya. Diberitakan, setiap pinjaman yang dilakukan oleh negara yang berjaya dirosakkan, akan diberikan komisyen yang lumayan atas hasil kerja gelapnya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah memberi amaran bahawa negara wajib menjauhi Soros untuk kebangkitan semula selepas kelembapan ekonomi negara pada 1998. Namun begitu, beberapa tahun kemudian, “dosa-dosa” Soros seolah-olah diampunkan Mahathir sehingga tergamak mengadakan pertemuan mesranya dengan individu yang hampir menjahanamkan ekonomi negara.

Usah dilupa, peranan yang dimainkan oleh Soros dalam usaha menekan pemimpin negara-negara Arab yang enggan tunduk kepadanya. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam Arab Spring dimana kesemua negara-negara berkenaan berjaya dihancurkan hanya dengan mainan persepsi serta spekulator kotor matawang yang dipersembahkan oleh Soros.

Hari ini, jumlah pinjaman yang dibuat oleh Mesir, Tunisia, Libya dan Syria dianggarkan bernilai lebih RM 10 Trilion, hanya alasan untuk menstabilkan negara. Ini belum lagi peranannya menjahanamkan Iraq, menjatuhkan ekonomi beberapa negara Afrika, tempat kegemarannya serta berusaha melemahkan kuasa ekonomi China dan terbaru, Malaysia.

download-14

Kenapa Malaysia? Malaysia merupakan sebuah negara yang disifatkan sebagai “Diamond of the East” oleh kebanyakan pakar ekonomi barat. Langkah Malaysia yang mengelakkan diri daripada terjebak dengan sebarang konflik antarabangsa, amat disenangi oleh kebanyakan negara maju di dunia.

Ditambah pula dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang setiap tahun mencatatkan pengukuhan, semua ini telah menyebabkan Soros berasa panas punggung dan berhajat mahu menjadikan tragedi 1998 berulang kembali. Malaysia mempunyai pengalaman dalam menguruskan spekulator jahat Soros melalui matawang dan oleh kerana itu, Soros merangka satu lagi strategi baru untuk melemahkan Malaysia melalui orang dalam.

Inilah yang telah didedahkan oleh Wikileaks melalui beberapa dokumen sulit yang dibongkarkan. Bukan satu perkara mustahil apabila Soros juga menaja keperluan kesemua parti pembangkang di Malaysia hanya untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, jika bersandarkan kepada tajaan Open Society Foundation (OSF) kepada MalaysiaKini, BERSIH, Suaram, Bar Councel dan banyak lagi NGO Pro pembangkang.

Hari ini, Soros merupakan spekulator mata wang yang terkenal, pelabur saham, ahli perniagaan, ahli filantropi, dan aktivis politik. Majalah antarabangsa Forbes menyenaraikan Soros sebagai bilionair ke29 terkaya di dunia, dengan nilai harta $11.0 bilion. Disebabkan agenda tertentu, Soros sanggup mengeluarkan belanja hanya untuk memastikan Datuk Seri Mohd Najib dan Barisan Nasional dapat dilenyapkan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE