Kerajaan Perlu Cari Mekanisme Terbaik Pengurusan Pencen

Share This:

Dalam pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan RM 214 bilion untuk belanja mengurus dan selebihnya daripada RM 268 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Jika dinilai daripada peruntukan mengurus ini, ia mencakupi jumlah yang cukup besar hanya untuk menguruskan perjalanan kerajaan sepanjang tahun hadapan.

Hal ini telah menarik perhatian pembangkang yang mendakwa kerajaan lebih mengutamakan perbelanjaan mengurus berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk pembangunan. Tanpa mengambil kira keperluan semasa, pembangkang sewenang-wenangnya memutar belitkan fakta hanya semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

images-13

Sebenarnya, maksud perkataan belanja mengurus ini mencakupi skop yang cukup besar. Ianya membabitkan pembayaran gaji kakitangan awam yang mencecah lebih sejuta orang, pembayaran bil-bil dikesemua bangunan dan kompleks kerajaan termasuk kem tentera dan polis, perbelanjaan petrol untuk pasukan keselamatan, pembayaran pencen dan banyak lagi.

Jika dihitung jumlahnya, ianya cukup besar dan ianya bukan boleh sewenang-wenangnya untuk dipotong keperluannya, terutama pembayaran pencen. Menyentuh tentang pembayaran pencen ini, kerajaan sebenarnya memperuntukkan 1 per 4 keperluan perbelanjaan mengurus hanya untuk membayar pencen kakitangan awam yang memilih untuk bersara awal seperti pasukan tentera dan sebagainya.

Ini termasuklah pembayaran pencen bagi waris dan mereka yang pencen wajib apabila usia mencecah angka 60 tahun. Benar, ianya merupakan hasil daripada titik peluh mereka sepanjang berkhidmat dalam kakitangan awam, namun, ada diantara penerima awal skim pencen ini memilih untuk tidak bekerja dan hanya bergantung kepada skim pencen sedia ada.

Bukan mahu mengatakan, pembayaran ini harus dihentikan, namun, kerajaan wajar mencari alternatif terbaik dalam mengurangkan perbelanjaan seumpama ini. Satu mekanisme harus dibentuk dalam menguruskan pembayaran penbayaran pencen ini supaya ianya lebih tersusun dan sistematik.

images-15

Jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat tidak pernah dilupakan. Cuma, dalam mengurangkan peruntukan perbelanjaan, sesuatu harus dilakukan kerajaan memandangkan, hari demi hari, pekerja yang berkhidmat dalam sektor kerajaan ini semakin bertambah dan negara amat memerlukan sejumlah dana yang banyak bagi menguruskan pembangunan dalam usaha negara bergerak kearah negara maju 2020 nanti.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*