Duterte Beri Kebenaran Tampar Pegawai Yang Ambil Rasuah

Share This:

Presiden Filipina Rodrigo Duterte bukan sahaja tekad membenteras gejala dadah, malah juga berkeinginan memerangi gejala rasuah yang juga semakin serius di negaranya.

Duterte yang kini berada di Jepun, ketika dalam satu perjumpaan khas bersama rakyat Filipina yang berada di sana, beliau menyeru kepada mereka agar jangan terlalu takut kepada polis, pegawai imigresen atau pegawai kastam.

Menurut laporan berita Yahoo, Presiden Duterte dengan lantang memaklumkan, sekiranya rakyat Filipina menaiki kapal terbang pulang ke tanah air, ada pegawai kastam di lapangan terbang meminta duit atau rasuah daripada mereka, kini mereka diberi kebenaran menampar pegawai terbabit.

Tegas beliau, selagi dia masih memerintah, rakyat Filipina berhak mempertahankan hak mereka.

Menurutnya, kenyataannya itu bukanlah gurauan, ini kerana dirinya sangat membenci dengan pegawai kerajaan yang suka mengambil rasuah.

“Selain tampar pegawai itu, anda juga boleh menjerit bagi manarik perhatian media yang berada di lapangan terbang dan terus membuat laporan polis.”

Setelah kenyataan presiden tersebut disiarkan di stesen televisyen Filipina, serta-merta menimbulkan perbualan hangat di kalangan masyarakat tempatan.

Walau bagaimanapun, pengacara program tersebut mengingatkan, tindakan menampar orang mungkin boleh mengundang kontroversi, jadi sekiranya berdepan situasi ada pihak minta rasuah, adalah lebih wajar melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*