#Bajet2017 : Tiada Peruntukan Dari Kerajaan Untuk 1MDB

Share This:

Terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang disebalik sejumlah RM 214 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk bajet mengurus. Tohmahan ini timbul setelah hampir kesemua Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan bajet 2017 di Parlimen, Jumaat lalu.

Setelah mereka meninggalkan dewan, hanya Ahli Parlimen PAS bersama-sama Zuraida Kamarudin (PKR) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan Sabah) sahaja yang masih berada di dalam dewan. Tidak lama selepas itu, pembangkang mula menjaja cerita kononnya daripada jumlah RM 214 bilion ini sudah termasuk dengan perbelanjaan untuk melangsaikan hutang 1MDB.

download-25

Memang agak melucukan apabila melihat tohmahan ini kerana cukup jelas bahawa apa yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, langsung tidak menyentuh atau menyebut nama 1MDB semasa membentangkan bajet berkenaan. Justeru, agak menghairankan, dari mana mereka mendapat fakta kononnya kerajaan menyediakan sedikit bajet untuk melangsaikan kira-kira RM 5 bilion lagi baki hutang yang ditanggung oleh 1MDB?

Sepanjang pembentangan bajet, sejak tahun lalu lagi, kerajaan tidak pernah memperuntukkan apa-apa bajet untuk syarikat pelaburan berasaskan kerajaan ini. Bagi kerajaan, apa yang ditanggung oleh 1MDB adalah masalah syarikat berkenaan dan ianya tidak seharusnya mengganggu bajet yang disediakan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tidak timbul dakwaan yang mengatakan, RM 214 bilion itu ada kena mengena dengan 1MDB kerana dalam pembentangan bajet berkenaan, Datuk Seri Mohd Najib telah memecahkan keperluan yang perlu ditanggung kerajaan menerusi RM 214 bilion itu.

Malah, 1MDB sendiri tidak pernah mengharapkan apa-apa peruntukan daripada kerajaan bagi membantu mereka menyelesaikan baki hutang yang masih ditanggung oleh mereka. Ini kerana, 1MDB sendiri sudah berada dilandasan yang betul setelah langkah rasionalisasi yang dilakukan syarikat berkenaan tahun lalu, telah menampakkan hasilnya.

images-16

Hari ini, menerusi penyusunan semula serta mengikat kerjasama strategik dengan pihak luar, 1MDB kini sedang giat membangunkan pembangunan hartanah di Tun Razak Exchange (TRX), membangunkan Bandar Malaysia dan mengurus selia tanah milik syarikat ini di Ayer Hitam.

Kesemua ini dilakukan secara sendirian oleh syarikat berkenaan tanpa mengharapkan dana bantuan daripada kerajaan. Justeru, tohmahan yang mengatakan kerajaan ada memperuntukkan sedikit dana untuk 1MDB dalam mengurus dan melangsangsaikan hutangnya adalah karut semata-mata. Ianya dilakukan oleh mereka yang berlagak sombong dengan keluar daripada dewan kemudian mengada-adakan cerita untuk kepentingan politik peribadi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*