Siri 5 : Kita Diambang Perang Dunia Ketiga? Pengaruh Pilihan Raya Presiden AS Terhadap Dunia

Semalam, menerusi ruang artikel ini, kita membicarakan tentang medan perperangan baru yang telah dibuka di Asia Barat. Jika sebelum ini, kedua-dua buah kuasa besar ini sering bertempur di ruang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka sudah membuka ruang pertempuran di Asia Barat dan mengheret beberapa negara ke kancah perang yang sama.

Umum sedia maklum, Amerika kini dalam proses untuk memilih Presiden baru mereka setelah Barrack Hussien Obama akan menghabiskan penggalnya dalam beberapa bulan lagi. Sebagai ganti Obama, Parti Demokrat bakal diwakili oleh Hillary Clinton selaku calon Presiden Amerika pertama dari kaum wanita dan Republikan pula menampilkan taikun hartanah, Donald Trump.

images-19

Melihat kepada pemilihan Presiden Amerika hari ini, kecenderungan dunia adalah kepada Hillary berbanding Trump yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mengikut nafsunya sahaja. Bagi penduduk dunia, sesiapa sahaja yang bakal menduduki Rumah Putih, dia adalah manusia paling berkuasa di dunia dimana dia mempunyai kuasa eksekutif samada mahu melancarkan perang atau memilih pendamaian.

Dalam hal ini, ramai yang berpendapat, andai Hillary memenangi pemilihan Presiden pada kali ini, situasi perang mungkin dapat diperlahankan berbanding jika Trump berjaya menjadi Presiden Amerika ke 45. Pendapat ini bersandarkan kepada dasar Demokrat yang lebih terbuka terhadap sebarang perbincangan berbanding Republikan yang lebih gemar melancarkan serangan berbanding duduk berbincang.

Namun begitu, bukan semua orang didalam Kongres dan Pentagon bersetuju dengan cara Hillary. Mereka pernah menyifatkan Obama sebagai seorang Presiden Amerika paling lemah dalam sejarah sehingga membenarkan kebangkitan semula Rusia dalam persaingan antara dua kuasa besar dunia ini.

Bagi Republikan, komandan tentera Amerika di Pentagon dan Israel khususnya, jika Amerika diuruskan oleh seorang wanita, mereka menjangkakan, Amerika akan tampil lebih lembut di persada antarabangsa. Bagi mereka, ini akan memberikan peluang buat Rusia dan mereka yang dilabelkan Amerika sebagai pengganas Islam, bangkit untuk menyerang kepentingan Amerika samada di bumi Amerika sendiri atau di mana-mana pengkalan di luar negara.

Lebih membimbangkan Pentagon adalah, kepentingan mereka di Asia Barat dimana disitulah terletaknya punca kekayaan Amerika iaitu minyak. Andai Rusia berjaya menguasai pasaran minyak di rantau Asia Barat, kedudukan Amerika di Bahrain, Kuwait serta Arab Saudi bakal terancam, terutamanya operasi barat menggeledah bumi Syria dan Iraq bagi menguasai “permata hitam” padang pasir ini.

download-13

Disinilah letaknya kepentingan Amerika dalam memilih seorang Presiden yang mampu untuk menguruskan semua konflik mereka dengan blok pro Rusia. Amerika pernah hampir diaibkan oleh Rusia semasa Ronald Reagan menjadi Presiden Amerika dimana beberapa kali dokumen sulit White House berjaya dicuri oleh ejen perisik Rusia yang menyamar.

Mari kita lihat potensi yang dimiliki Hillary untuk memenangi perlumbaan ke Rumah Putih. Hillary Clinton merupakan isteri kepada bekas Presiden Amerika, Bill Clinton. Sejarah mencatatkan bagaimana Hillary mampu mengatasi aib yang dilakukan suaminya semasa terpalit dengan kisah cinta terlarang dengan Monica Lewinsky.

Sebaik sahaja Bill Clinton mengakhiri tempohnya selaku Presiden, Hillary tampil dengan gaya politik baru dengan cuba mengikis imej suaminya selaku bekas Presiden. Semuanya bermula setelah beliau berjaya memenangi jawatan Senator di New York, beliau bertanding pula untuk menjadi calon Demokrat menentang Obama dalam persaingan yang disifatkan paling sengit pernah berlaku dalam sejarah Demokrat.

Melihat kepada sokongan yang diterima Hillary, Obama akhirnya melantik Hillary sebagai Setiausaha Negara Amerika untuk penggal pertama pentadbiran Obama. Strategi ini nyata menjadi apabila Obama kekal mendapat sokongan ramai rakyat Amerika walaupun pentadbirannya pernah diancam kemuflisan akibat kegagalannya memujuk kongres Amerika menambah belanjawan negara.

Jika suaminya dikenang sebagai pemerintah operasi ketenteraan di Somalia, Hilary pula dilihat pasif tanpa sebarang pengalaman menjadi komandan tentera. Boleh disifatkan, sepanjang beliau menjadi Setiausaha Negara Amerika (jawatan ketiga terpenting Amerika), beliau langsung tidak diuji dengan sebarang konflik serius yang mampu menguji kemampuannya untuk menjadi bakal Presiden Amerika.

download-14

Bagaimana pula dengan Donald Trump? Trump merupakan antara individu yang bertanggungjawab memajukan Las Vegas dengan pelbagai projek hartanah yang memakan angka berbilion Dolar Amerika. Sebelum beliau menunjukkan minat untuk menjadi Presiden Amerika, beliau menikmati status selebritinya dengan menganjurkan pelbagai rancangan seperti The Apprentice dan Pertandingan Ratu Cantik Dunia.

Beliau lebih dikenali sebagai seorang taikun hartanah yang amat gemarkan kepada publisiti dan kontroversi tanpa mengira apa jua situasi. Baginya, kekayaan adalah segala-galanya dan beliau pernah mengucapkan, golongan miskin merupakan golongan yang amat malas untuk berusaha memajukan diri.

Sepanjang beliau berkempen pada pemilihan Presiden Amerika pada kali ini, terlalu banyak kontroversi sengaja beliau timbulkan untuk membolehkan nama beliau diingati. Antaranya bagaimana beliau mencadangkan pembinaan tembok sepanjang sempadan Amerika-Mexico bagi menghalang imigran negara berkenaan memasuki Amerika dan menjual dadah.

Tidak kurang juga dengan keinginannya untuk menghalau semua imigran di Amerika terutamanya pendatang asing beragama Islam. Baginya, kesemua imigran ini seumpama parasit dan kebanyakannya berfahaman pengganas yang boleh mengancam Amerika. Malah, beliau juga tidak teragak-agak melancarkan serangan kepada mana-mana negara yang boleh mengancam kedudukan Amerika di seluruh dunia.

Jika kita bimbangkan prinsip Trump ini boleh mengancam kestabilan dunia, bagi sekutu rapat Amerika, Israel, pendirian Trump ini dilihat selari dengan pendirian mereka. Ini kerana, Trump pasti tidak akan teragak-agak membesarkan skop perang di Asia Barat dan seterusnya memberi ruang tambahan buat Israel menakluk Palestin dan seterusnya melebarkan sayap mereka ke seluruh rantau Asia Barat.

images-20

Inilah sebabnya, walaupun Trump mendapat tentangan daripada rakyat Amerika, namun bagi pelobi Yahudi yang sentiasa memainkan peranan dalam setiap kali pemilihan Presiden Amerika, mereka langsung tidak mengambil kisah. Malah, Trump masih kekal calon Republikan walaupun ada yang cuba mendesaknya berundur akibat tersebarnya video provokatifnya terhadap golongan wanita.

Hari ini, Hillary menguasai 45 peratus sokongan rakyat Amerika untuk menjadi Presiden Amerika berbanding Trump yang hanya memperolehi 38 peratus. Namun usah terlalu gembira kerana sejarah pernah mencatatkan bagaimana George W Bush pernah menewaskan Al Gore sewaktu pemilihan Presiden pada tahun 2000.

Pada ketika itu, Al Gore yang merupakan calon Demokrat mendahului Bush, calon Republikan dengan 7 mata. Namun pada hari pengundian, Bush berjaya menewaskan Gore dengan keputusan tipis, hasil daripada campur tangan pelobi Yahudi yang mahukan Bush melancarkan serangan Operasi Dessert Storm kedua bagi menumpaskan Saddam Hussien di Iraq.

Kini situasinya hampir sama dan ada kemungkinan, Trump dipilih sebagai Presiden Amerika hanya bersandarkan keinginan Amerika untuk menguasai dunia dan turun bertempur secara berhadapan dengan Rusia di Asia Barat. Andai ini berlaku, maka sahlah jangkaan ramai bahawa Perang Dunia Ketiga bakal bermula sekitar Januari 2017.

Bersambung…

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*