Memalukan! Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO

Share This:

BAJET Alternatif Pakatan Harapan membongkar kebodohan pemimpin kanan PKR, DAP dan PAN. Bajet yang kali pertama disediakan oleh Pakatan Harapan itu diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat ini.

Mereka mencadangkan pemotongan belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion iaitu dari RM20.3 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.

Pembangkang dilihat tidak dapat membezakan diantara Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan Pejabat YAB Perdana Menteri (PMO). Perkara ini memang sungguh memalukan. Bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika perkara semudah ini pun gagal untuk mereka fahami.

Tahukah mereka bahawa PMO hanya sebahagian kecil dari JPM? JPM terdiri daripada 58 jabatan, 15 Badan Berkanun, 14 syarikat, 5 yayasan dan satu pertubuhan antarabangsa. Anda boleh melayari laman JPM di http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms.

Senarai Agensi dibawah JPM

1.Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
2.Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN)
3.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
– Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
– Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
4.Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
5.Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU)
6.Bahagian Istiadat Dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa (BIUPA)
7.Bahagian Kabinet, Perlembagaan & Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP)
8.Bahagian Kampung Baru
9.Bahagian Penyelidikan
10.Bahagian PERMATA
11.Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)
12.Bahagian Perlindungan
13.Biro Pengaduan Awam (BPA)
14.Biro Tatanegara (BTN)
15.ESCOMM
16.Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan Malaysia (ILKAP)
17.Istana Negara
18.Jabatan Audit Negara
19.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
– Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI)
20.Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
– Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)
21.Jabatan Peguam Negara
22.Jabatan Perangkaan
23.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
24.Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
25.Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
26.Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR)
27.Lembaga Penasihat
28.Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah
29.Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak
30.Majlis Keselamatan Negara (MKN)
31.Parlimen Malaysia
32.Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK)
33.Pejabat Ketua Setiausaha Negara
34.Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
35.Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
36. Pejabat Seranta Felda
– Daftar Sahabat Seranta
– Daftar GAPROF (Gabungan Pemikir Profesional FELDA)
37.Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
38.Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
39.Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
– Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya
– Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan
40.Pejabat Urusetia Bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Dr.Mahathir Mohamad
41.Pejabat Urusetia Bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
42.Pejabat YAB Perdana Menteri
43.Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)
44.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
45.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
46.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
47.Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
48.Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)
49.Unit Kawal Selia FELDA (UKSF)
50.Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
51.Unit Khas Strategik (UKS)
52.Unit Pembangunan Penjaja, Peniaga Kecil dan Wakaf Hindu
53.Unit Pembangunan SME dan Mikro Kredit
54.Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
55.Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
56.Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
57.Unit Perancang Ekonomi (EPU)
58.Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan (UJKT)

Senarai Badan Berkanun dibawah JPM

1. Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
2. Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Yang di-Pertua Negeri
3. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
4.Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
5. Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA)
6.Lembaga Tabung Haji (LTH)
7. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
8. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Timur (ECERDC)
9. Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)
10. Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)
11. Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA)
12. Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)
13. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
14. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
15. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Senarai Yayasan dibawah JPM

1.Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

2.Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM)

3.Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)

4.Yayasan Ekuiti Nasional (YEN)

5.Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)

Bayangkan sekiranya pemotongan sebanyak 10 bilion dilakukan terhadap Agensi, Badan Berkanun dan Yayasan seperti senarai di atas. Mampukah mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Sudah tentu  mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan kekangan kewangan sepertimana yang disarankan oleh pembangkang.

Perkara seperti ini tidak pernah terlintas dalam pemikiran pemimpin kanan pembangkang. Oleh itu mereka sememangnya tidak layak untuk mentadbir negara. Sesungguhnya hanya pemimpin terpilih sahaja wajar menerajui negara kita.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*