Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Siri 3 : Kita Diambang Perang Dunia Ketiga? – Kebangkitan Semula Rusia

By Samurai Biru October 18, 2016 : 2:22 pm

Sebelum ini, artikel ini membicarakan era kegelapan dunia setelah diselubungi oleh kisah Perang Dingin yang menyaksikan Amerika telah berjaya menumbangkan Kesatuan Soviet yang menyaksikan Soviet Union berpecah dan sekaligus menyaksikan, begitu banyak negara lahir hasil daripada perpecahan Soviet Union. Malah, negara Rusia juga hadir setelah teruk dibantai Amerika pada era Perang Dingin.

Sebaik sahaja Amerika berjaya melemahkan Kesatuan Soviet pada era 1990-an, Rusia benar-benar lumpuh dalam era persaingan kuasa dunia. Jika satu ketika dahulu, Rusia seolah-olah diletakkan sebagai ketua bagi blok komunis bagi menentang idealogi liberal Amerika, pada tahun-tahun berkenaan, Rusia tidak ubah seperti “veteran perang yang kehilangan pancaindera”.

download-15

Walaupun beberapa kali Rusia cuba bangkit mewujudkan era Soviet Union, namun beberapa kekangan antarabangsa yang sengaja dicipta Amerika telah meletakkan Rusia semakin lemah. Lebih malang lagi, Presiden-Presiden Rusia pada era ini dianggap sebagai paling lemah dan ada yang menganggap, mereka hanyalah proksi Amerika di Rusia.

Rusia dikatakan hampir bangkit adalah pada zaman pentadbiran Presiden Boris Yeltsin. Namun begitu, setelah sekian lama dicengkam oleh kuasa Amerika, Yeltsin dilemahkan oleh kepimpinan Kremlin yang korup serta pro Amerika. Walaupun mempunyai visi untuk mengembalikan semula era kekuasaan Soviet, namun Amerika menerusi PBB meletakkan idealogi komunis sebagai satu wadah yang wajib ditentang di seluruh dunia.

Setelah sekian lama Rusia berada dalam cengkaman Amerika, bibit-bibit kebangkitan Rusia bermula setelah Vladimir Putin dilantik sebagai Presiden baru Rusia. Ini telah memberi nafas baru pada Rusia yang begitu dahagakan kepimpinan berani, tegas dan dinamik untuk mengembalikan kuasa mereka ke peringkat antarabangsa.

Sebaik sahaja dilantik sebagai Presiden Rusia, beliau bercita-cita untuk mengembalikan era kegemilangan Rusia di zaman Tsar dan menjadikan Rusia kuasa besar dunia bagi menyaingi kekuatan Amerika. Barat menganggap, cita-citanya ini amat merbahaya kepada kedudukan EU dan Amerika. Malah,a da dikalangan pemimpin Eropah menganggap, Putin saling tidak tumpah seperti Adolf Hitler.

download-17

Dengan menjunjung cita-citanya inilah yang mendorongnya untuk meluaskan cengkamannya dalam politik Rusia. Presiden Putin berjaya memulihkan masalah dalaman Rusia khususnya dari sudut ekonomi dan penyelesaian di wilayah-wilayah yang bergolak seperti Chechnya dan Daghestan.

Namun begitu, seluruh dunia mengkritik tindakannya dalam menangani isu pejuang Chechen di Chechnya dan peluasan kuasanya yang menyaksikan beliau cuba memasuki Ukraine melalui Donetsk. Tindakan beliau yang mengarahkan tentera Rusia menawan Kepulauan Crimea yang didakwa milik Rusia telah menyebabkan hubungan Ukraine dan Rusia berada pada tahap paling tegang sejak pemisahan Ukraine dengan kesatuan Soviet.

Di pihak Amerika pula, mereka berusaha untuk menyekat kebangkitan semula Rusia dengan campurtangannya secara langsung dalam politik Georgia dan Ukraine, dua negara bekas Soviet yang berpengaruh dan berkedudukan strategik.

Amerika sejak awal lagi (semasa Putin menyatakan cita-citanya) telah meyokong penubuhan Georgia sebagai rakan strategik. Rusia yang sedar akan bahaya ini akhirnya bertindak menceroboh Georgia pada tahun 2008 dan dengan campurtangannya berjaya menjatuhkan Presiden Mikhail Saakashvilli yang menjadi sekutu rapat Amerika pada akhir 2012.

images-11

Tindakan Amerika yang menyebelahi Ukraine juga menemui kegagalan selepas mendapat tentangan hebat daripada Rusia. Tidak terhad di Georgia dan Ukraine sahaja, banyak lagi usaha Amerika untuk menggagalkan usaha Putin, turut menemui kegagalan. Ini menyebabkan Amerika begitu terdesak untuk melemahkan Putin dan seterusnya dilihat cuba mewujudkan semula era Perang Dingin buat kali kedua.

Sebenarnya, mudah untuk kita menilai bagaimana era Perang Dingin Kedua ini mahu diwujudkan semula. Sama seperti era Perang Dingin pertama, Amerika akan mula menjaja kisah buruk Rusia keseluruh dunia dengan menggambarkan Rusia sebagai lubuk penjenayah dan “black market” menerusi propaganda media dan perfilemannya.

Insiden MH17 yang melibatkan Malaysia adalah contoh terbaik bagaimana Rusia ditekan oleh blok barat yang diketuai Amerika. Tidak sampai sejam selepas pesawat berkenaan ditembak jatuh, Ukraine dan Amerika mengeluarkan kenyataan bersama menuduh Rusia bertanggungjawab dengan insiden menyayat hati ini.

Hal ini pantas dinafikan Rusia yang mendakwa, tentera Ukraine sebenarnya bertanggungjawab atas alasan, mereka cuba menembak jatuh pesawat yang dinaiki oleh Putin yang secara kebetulan baru pulang dari Brazil setalah menghadiri sidang kemuncak ekonomi BRIC di Rio. Alasannya, pesawat yang dinaiki Putin, mempunyai corak yang sama dengan MH17 dimana pesawat berkenaan cuma lewat sejam daripada MH17.

images-12

Walaupun keputusan badan penyiasat bersama yang menyiasat insiden ini mengukuhkan pertuduhannya terhadap Moscow, namun, sehingga kini, Putin dan barisan panglima perangnya, masih tetap menyangkal pertuduhan ini. Jari mereka tetap ditundingkan kepada Ukraine dengan kerjasama EU dan Amerika yang menyebabkan pesawat malang ini fitembak jatuh di Tores, Donetsk, Ukraine.

Dapat disimpulkan bahawa, Rusia kini kembali membina kekuatannya satu persatu sama ada dari sudut ketenteraan dan politik antarabangsa dengan membina jaringan baru untuk berdepan dengan Amerika. Hubungan eratnya dengan China diperkukuhkan bagi mendepani kuasa hegomoni ekonomi Amerika. Malah, bolehlah dianggap, Rusia kini seumpama seekor gergasi yang baru sahaja bangun dari lenanya.

Bersambung…

Comments

comments

Share This:

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK


TWITTER





CAPAIAN

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE