Cadangan Solat Jumaat Pada Hari Sabtu, NGO buat laporan polis

Share This:

MEMANG kurang ajar cadangan buat solat Jumaat pada hari Sabtu. Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) membuat laporan polis berhubung cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Badan bukan kerajaan itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.

Katanya, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

Bila pembangkang sering menghina dan memperkecilkan Islam maka wujudlah agen-agen tidak bertauliah merosakan agama rasmi negara.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*