Siri 2 : Kita Diambang Perang Dunia Ketiga? – Era Perang Dingin

Share This:

Semalam, penulis merungkai serba sedikit sejarah perseteruan Amerika Syarikat dan Rusia yang sudah berlanjutan lebih 6 dekad. Bermula pada erang Perang Dunia Pertama, perseteruan kedua-dua buah negara kuasa besar ini berlanjutan sehingga ke era Perang Dingin dimana itulah kali terkahir Rusia mampu menyaingi Amerika dalam segenap aspek sebelum Kesatuan Soviet Union dimusnahkan Amerika.

Kali ini, perbincangan kita diancam Perang Dunia Ketiga berkisar kepada era Perang Dingin yang mana era ini telah menyaksikan dunia terpecah kepada dua bahagian iaitu pro barat dan pro komunis.

images-21

Era ini dinamakan era Perang Dingin kerana tidak berlaku peperangan sebenar. Apa yang berlaku hanyalah perang diplomasi, perang mulut, perang media, perang proksi dan lain-lain lagi. Pada era ini, kedua-dua negara masing masing menujukkan kekuatannya hanya kerana untuk menunjukkan kepada dunia, merekalah jaguh sebenar yang layak untuk memerintah dunia secara autokratik.

Ketika era perang ini, masing-masing menggunakan aset mereka termasuklah medium hiburan dan perfileman. Siapa dapat menyangkal bagaimana filem-filem Holywood sentiasa menghidangkan krisis antarabangsa antara Amerika dan Rusia seperti filem The Saint, siri filem Bond, Air Force One dan banyak lagi filem-filem propaganda Amerika terhadap Rusia.

Dari sudut persenjataan, kedua-dua buah negara saling berlumba-lumba membuat pelbagai jenis senjata untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan tanpa menghiraukan batas-batas manusiawi. Justeru medan perang diwujudkan untuk menguji senjata masing-masing. Dalam tempoh 40 tahun tidak kurang tiga peperangan besar berlaku yang mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia.

Pada awal 1950-an berlakunya Perang Korea apabila Korea Utara yang menjadi proksi kepada Kesatuan Soviet menceroboh Korea Selatan seterusnya mengheret Amerika untuk campur tangan. Selepas berakhirnya Perang Korea berlaku pula Perang Vietnam yang menyaksikan kekalahan AS dan proksinya ditangan Vietnam Utara yang pada ketika itu disokong oleh China, Rusia dan Korea Utara.

Dalam perperangan ini, Amerika dan Perancis menerima tamparan hebat dengan kekalahan ini yang mengorban dan mencederakan ribuan tenteranya. Disatu pihak lagi, Kesatuan Soviet nyata cukup gembira dengan kemenangannya di Vietnam merasakan keperluannya untuk meluaskan lagi penguasaannya. Bertitik tolak dari sinilah, tentera Soviet melakukan pencerobahan ke atas Afghanistan tidak lama selepas itu.

images-22

Pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan sebenarnya mempunyai dua tujuan serta agenda yang tersurat dan tersirat. Agenda yang tersurat ialah strategi geopolitik Soviet untuk menguasai bumi Afghanistan yang kaya dengan hasil buminya khususnya minyak dan uranium.

Menerusi penaklukannya ini, Rusia juga berhasrat untuk menakluk Pakistan bagi mendapatkan akses lebih besar terhadap Lautan Hindi dan Teluk Parsi yang pada ketika itu didominasi oleh Amerika dan sekutunya. Pada masa yang sama, Rusia juga mahu menjadikan Afghanistan sebagai perisai sempadan negaranya dari dicerobohi oleh tentera Amerika yang menguasai Teluk Parsi dan Semenanjung Arab.

Agenda yang tersirat pula ialah strateginya untuk mengekang kebangkitan Islam selepas berlakunya Revolusi Islam Iran (kedua-dua Afghanistan dan Pakistan ialah jiran Iran di sebelah timur) yang menjatuhkan Shah Iran.

Siapa sangka, dalam hal ini, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat mempunyai satu persamaan iaitu bersatu dalam memerangi Islam tanpa mengira apa warna mazhab dan pegangan umat Islam yang mahukan kepada perubahan politik Islam.

Itulah yang berlaku sebelumnya apabila semua kuasa-kuasa besar dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua berpakat untuk menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyah dan seterusnya membahagikan wilayah-wilayah dunia Islam sesama mereka dengan mengapikan senjata semangat perkauman dan pertembungan mazhab sehingga membenarkan Tanah Suci ketiga umat Islam, Palestin dijarah sepuas hati oleh bangsa Yahudi Israel.

download-33

Penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan berakhir dengan kekalahannya hasil daripada permainan kotor Amerika yang memberikan sokongan dana kewangan dan ketenteraan kepada kumpulan-kumpulan Islam yang berpengkalan di sempadan Afghanistan-Pakistan bagi memerangi tentera Soviet.

Pada ketika ini, ejen-ejen CIA telah dihantar untuk melatih pejuang-pejuang Mujahiddin Afghanistan serta tentera-tentera sukarela dari Semenanjung Arab dengan menggunakan senjata-senjata canggih Amerika. Malah, tanpa sesiapa pun menyedari, Amerika langsung tidak menghantar tenteranya ke Afghanistan pada konflik berkenaan hanya semata-mata mahu memalukan tentera Soviet.

Nyata sekali, kekalahan Kesatuan Soviet ini memberi tamparan yang sangat hebat sehingga menyebabkan berkecai kesatuannya pada tahun 1991 yang akhirnya mengembalikannya kepada negara asalnya iaitu Rusia. Paling teruk lagi, fahaman komunis yang diterapkan oleh Joseph Stalin turut berkubur sebaik sahaja Kesatuan Soviet berkecai ditangan Amerika.

Bermula dari sinilah era Perang Dingin akhirnya menemui titik nokhtahnya sehinggakan banyak daerah yang sebelum ini berada dibawah naungan Soviet seperti Belarus, Uzbekistan, Kazakhtan, Ukraine dan beberapa buah negara lagi mengumumkan kemerdekaan dari Rusia.

Lebih menyedihkan, kehancuran Soviet juga menjadi punca kepada berlakunya Pernag Balkan yang menyaksikan Yugoslavia, salah sebuah negara yang menjadi sahabat baik Rusia, berkecai dengan terbentuknya negara Macedonia, Bosnia Herzegovina, Croatia dan Kosovo. Pada pernag ini juga menyaksikan bagaimana penghapusan etnik paling kejam dalam sejarah Eropah turut berlaku dan yang paling teruk terkesan adalah umat Islam di negara Balkan.

images-23

Selepas merosot dan berkecainya Kesatuan Soviet bermula akhir dekad 1980-an, Amerika secara rasminya mengumumkan dirinya sendiri sebagai kuasa besar tunggal. Bermulanya era 1990-an, Amerika telah mengeluarkan fahamn baru dalam dunia politik yang digelar dengan New World Order, One World Under One Rule.

Era kuasa besar tunggal Amerika ini telah melakar penguasannya bukan sahaja melalui ketenteraan bahkan juga menjangkau ekonomi dan budaya melalui perjanjian-perjanjian ketenteraan dan ekonomi yang menyebabkan dunia berada di bawah telunjuk Amerika.

Dalam era ini, Rusia pada satu ketika dahulu dikenali sebagai “gergasi dunia”, secara tiba-tiba berubah menjadi “kucing kurap” dimana Rusia dipimpin oleh Presiden-Presiden yang lemah dan tidak tegas. Ianya bermula daripada Mikhail Gorbachev sehinggalah Boris Yeltsin di mana kedua-dua mereka bergelut dengan kemelut ekonomi dan masalah-masalah dalaman khususnya wilayah-wilayah yang menuntut kemerdekaan daripada Rusia.

Bersambung…

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*