Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Siri 1 : Kita Diambang Perang Dunia Ketiga?

By Samurai Biru October 14, 2016 : 12:06 am

Jika dibaca menerusi tajuk artikel ini, mungkin ada yang mengandaikan, penulis hanya cuba menimbulkan propaganda palsu serta cuba menimbulkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku untuk sekurang-kurangnya masa terdekat. Namun, bermula hari ini, penulis akan mengupas satu persatu isu membabitkan pertembungan dua kuasa besar dunia yang mungkin dan akan berlaku di Asia Barat.

Kupasan melalui 7 siri ini sebenarnya bersandarkan kepada realiti yang sedang berlaku hari ini. Tiada siapa dapat menidakkan kekuataan persenjataan dan tentera yang ada kepada Amerika Syarikat dan Rusia hari ini. Persaingan antara dua negara kuasa besar dunia ini sebenarnya telah bermula berdekad-dekad lamanya dimana kedua-dua negara ini bersaing untuk mentadbir dunia secara sendirian.

download-26

Pertembungan Amerika Syarikat dan Rusia bermula sejak Perang Dunia Pertama yang menyaksikan dunia berhadapan dengan kemusnahan besar-besaran akibat perperangan selama 4 tahun ini. Ini ditambah pula dengan tekanan kemelesetan ekonomi terburuk yang pernah dicatatkan di seluruh dunia sehingga memaksa negara-negara besar seperti Amerika, Rusia, Britain, Jerman, Perancis dan beberpa buah negara lagi mencari tanah baru untuk ditakluk bagi mengaut segala hasil bumi yang ada.

Setelah berjaya keluar daripada kemelesetan ekonomi pada awal 1920an, Jerman muncul sebagai sebuah kuasa ketenteraan paling kuat di dunia. Semua ini hasil ilham gila Adolf Hitler yang mengimpikan untuk menakluk dan memerintah dunia secara bersendirian dan impian ini nyata memberi tamparan hebat buat Amerika dan juga negara-negara blok Komunis seperti Yugoslavia, Bulgaria dan Hungary.

Hasil daripada percaturan dan keinginan kuat Hitler untuk memerintah dunia secara sendirian, akhirnya, Perang Dunia Kedua tercetus dengan Jerman dan Itali bergabung tenaga bagi menakluk Eropah, manakala Jepun pula menjadi proksi Jerman untuk menakluk Asia. Hal ini telah menyebabkan Amerika berasa terpukul dengan kebangkitan Jerman, namun bagi Amerika, mereka tidak akan membazirkan sumber mereka untuk memerangi tentera Jerman pada peringkat awal.

Hasil daripada perbincangan singkat antara pemimpin-pemimpin pro barat dan Amerika, maka terbentuklah gabungan tentera Eropah pertama untuk melawan Jerman tanpa penglibatan besar-besaran Amerika. Pada waktu itu, tiada siapa dapat membayangkan, tentera Jerman mampu menawan Stalingrad, kota kelahiran pemimpin utama Rusia, Joseph Stalin. Namun itulah yang berlaku dan sejarah ini tidak akan pernah dapat dipadamkan dari memori Rusia.

download-27

Tentera Amerika pula muncul setelah perang sudah semakin kepenghujung. Mereka memberi alasan, mereka perlu membina semula pengkalan tentera mereka di Pearl Harbour, Hawaii sebelum dapat menggerakkan tentera ke wilayah bergolak. Namun sejarah telah mencatatkan bahawa, Amerika sebenarnya menyimpan dahulu tenteranya untuk melihat, pihak mana yang akan mencapai kemenangan.

Bertitik tolak dari sinilah, Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan pada 24 Oktober 1945, beberapa bulan setelah Perang Dunia Kedua, tamat. Pada asalnya, hanya 3 buah negara sahaja yang menjadi anggota tetap pertubuhan dunia ini dimana mereka mempunyai kuasa veto untuk membatalkan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ahli pertubuhan berkenaan.

Negara-negara berkenaan adalah Amerika Syarikat selaku tuan rumah, Britain selaku ketua negara-negara Eropah dan ketua blok komunis, Rusia sebelum China dan Perancis dilantik sebagai ahli tetap pertubuhan ini. Justeru, tidak keterlaluan untuk mengatakan, bermula dari sinilah hubungan Amerika-Rusia mula menampakkan ketegangan.

Tahun demi tahun berlalu, hubungan diplomatik antara White House dan Kremlin tidak pernah aman. Sejak pentadbiran Lyndon B Johnson, Amerika sememangnya berhasrat untuk menjadi pemerintah tunggal dunia. Namun, idealogi komunisme yang diamalkan Rusia, ditambah pula China yang lebih memihak kepada Rusia dalam segenap aspek, telah merencatkan impian Washington untuk menguasai dunia.

images-15

Benar, sepanjang perseteruan antara Amerika dan Rusia, mereka belum pernah bertembung dipentas perang secara terbuka. Masing-masing menggunakan proksi masing-masing untuk menjayakan hasrat mereka. Lihat sahaja perperangan Iraq-Iran yang memakan masa selama 8 tahun dimana Amerika memihak kepada Iraq dan Rusia memihak kepada Iran.

Paling hampir adalah semasa Perang Vietnam yang berlangsung dari 1950 hingga 1975. Pada waktu itu, Vietnam terbahagi kepada dua bahagian iaitu Vietnam Utara yang disokong oleh Rusia, China, Korea Utara dan beberapa pakatan komunis yang lain. Manakala Vietnam Selatan pula disokong oleh Amerika dan Perancis dimana British enggan masuk campur dalam konflik ini.

Satu lagi contoh, bagaimana kroniknya hubungan dua buah negara Semenanjung Korea apabial Amerika lebih memihak kepada Korea Selatan dan Rusia memihak Korea Utara. Jangan menyangka, perang Korea ini baru sahaja bermula kerana ianya telah dimulakan sejak dari 25 Jun 1950 lagi. Ironinya, kedua-dua belah pihak masih lagi berperang kerana belum ada sebarang perjanjian damai ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

Mungkin ada diantara kita biasa mendengar era perang dingin antara dua kuasa besar berkenaan dimana Malaysia pernah terlibat secara langsung dengan perang ini. Bagaimanakah Malaysia boleh terlibat? Pada waktu berkenaan, Perdana Menteri, Tun Hussien Onn dilihat agak tertekan untuk memilih pihak mana yang harus disokong.

download-28

Memandangkan keadaan ekonomi negara pada waktu itu sedang diancam kemelesetan, satu-satunya cara untuk keluar dari kemeleseetan berkenaan adalah menjalinkan kerjasama dengan Amerika. Justeru tidak hairanlah, sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia pernah memboikot Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980, tahun dimana kali terakhir skuad bola sepak negara layak ke Sukan Olimpik.

Sebenarnya banyak lagi episod pertembungan antara Amerika dan Rusia di dunia ini. Namun, menerusi kupasan ini, sedikit demi sedikit akan merungkaikan persoalan yang kini begitu hangat dibicarakan diperingkat antarabangsa, adakah dunia akan berhadapan dengan Perang Dunia Ketiga pada Januari 2017.

Bersambung…

Comments

comments

Share This:

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK


TWITTER





CAPAIAN

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE