Kajian Mengatakan Gen Ibu Dapat Memintarkan Anak

Share This:

Penyelidik dari London menyatakan bahawa kepintaran anak banyak dipengaruhi ibunya berbanding bapa kerana maklumat tersebut tersimpan dalam kromosom X.

Ini kerana, ibu membawa dua kromosom X, sementara bapa hanya ada satu kromosom X (satu lagi Y), maklumat baka yang membawa DNA induk untuk diwariskan kepada generasi berikutnya.

Portal The Independent melaporkan maklumat ini, atau gen, dipanggil ‘gen yang terasuh’. Kepintaran termasuk dalam gen jenis ini yang datang daripada benih ibu. Kalau ada warisan kromosom X daripada bapa, maklumat gen tersebut tidak akan diaktifkan.

Selain itu, kajian pada tikus di makmal mendapati sel-sel dengan gen bapa banyak di sistem limbik dalam otak, bahagian yang mengawal soal makan, seks dan keagresifan.

Walau bagaimanapun, penyelidik tidak menemui gen bapa dalam korteks serebrum, bahagian otak yang mengawal kemahiran berfikir, menaakul, berbahasa dan merancang.

Bagi memastikan kajian ini sesuai dalam konteks manusia, setiap tahun 12,686 anak muda berusia 14 hingga 22 tahun sejak 1994 akan ditemubual oleh penyelidik di Glasgow, Scotland.

Tambahan lagi, kajian pasukan ini mendapati kepintaran ibu masih lagi unsur pengaruh terbaik kepintaran anak-anak berbanding pendidikan, kaum dan status sosio-ekonomi mereka.

Disamping itu, penyelidik juga mengingatkan maklumat gen bukan satu-satunya yang menentukan tahap kepintaran — hanya 40 hingga 60 peratus diwarisi, selebihnya dipelajari daripada persekitaran.

Namun ibu memainkan peranan yang kuat untuk membentuk kepintaran ketika mengasuh anak, dengan kajian menunjukkan hubungan erat ibu-anak turut dikaitkan dengan tingkat kepintaran.

Portal itu melaporkan lagi, penyelidik di Universiti Washington mendapati hubungan emosi yang kuat antara ibu dan anak itu penting untuk pertumbuhan bahagian-bahagian tertentu otak.

Tambahnya lagi, hubungan era ibu-anak selama tujuh tahun, dan keperluan intelek anak pula dijaga, menunjukkan bahagian hipokampus kanak-kanak lebih besar 10 peratus pada usia 13 tahun.

Hipokampus satu bahagian otak yang melibatkan ingatan, pembelajaran dan upaya melawan tekanan.

Dalam bahasa lebih mudah, hubungan erat dengan ibu menyuburkan rasa selamat anak untuk meneroka alam sekelilingnya dan keyakinan diri untuk menyelesaikan masalah.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*