LG Membangunkan Tablet Dengan Skrin Fleksibel Dan Lutsinar?

Share This:

Dalam beberapa tahun ini, rekabentuk telefon pintar dan tablet tidak banyak berubah. Namun daripada pemfailan paten dari LG, ada kemungkinan kita akan melihat peranti bersaiz tablet yang akan dilengkapi dengan skrin fleksibel dan lutsinar.

Diketahui bahawa syarikat-syarikat seperti LG dan Samsung telah lama bermain-main dengan idea skrin fleksibel dan lutsinar, dan dari masa ke semasa terdapat usaha untuk mengkomersialkan teknologi ini, tetapi setakat ini tiada apa yang berjaya menarik perhatian pengguna. LG merancang untuk menggabungkan kedua-dua teknologi berkenaan untuk mengahasilkan produk yang revolusional.

lg-curved-display-ces-2016-970-801

Paten yang difailkan itu menunjukan sebuah peranti berbentuk empat segi, menyerupai sebuah tablet, dengan engsel di bahagian tengahnya untuk membolehkannya dilipat seperti senaskah buku. Tambahan pula, LG merancang membuatkan skrinnya lutsinar.

Pada satu bahagain peranti tersebut, terdapat semua kawalan multimedia pada skrin sensitif sentuhan manakala sebelahnya kosong, membayangkan paparan kandungan dibuat di panel ini, walaupun tidak diketahui sama ia merupakan skrin sesentuh atau tidak.

Memandangkan ini merupakan sekadar sebuah paten, agak tidak sesuai untuk mengharapkan sebuah produk akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sungguhpun demikian, baru-baru ini, nampaknya Samsung telah mencapai kemajuan dalam permasalahan memegang skrin boleh lipatnya dan Panasonic telah memperlihatkan TV lutsinar yang menakjubkan, jadi tidak mustahil peranti ini akan hadir ke pasaran lebih cepat dari jangkaan kita.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*