Ahli Sihir Sedunia Gesa Trump Tarik Diri

Share This:

Selepas mendapat kecaman hebat kerana kenyataan lucah yang dibuatnya mengenai wanita lebih 10 tahun lalu, Donald Trump, calon Parti Republikan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 8 November ini, kini berdepan ancaman disihir.

Pada masa yang sama, perancang strategi Trump berharap bilionair hartanah mulut celupar itu akan membuat persembahan lebih baik apabila berdebat dalam pusingan kedua dengan lawannya, Hillary Clinton, malam ini (waktu tempatan).

Namun, harapan itu mungkin terjejas oleh kuasa yang di luar kawalan mereka. Satu kumpulan yang tidak mempercayai kewujudan agama dan menggelar diri mereka Persatuan Penaja Ahli Sihir Sedunia berikrar menyihir Trump ketika dia berdebat dan mereka dakwa ia akan memaksa bilionair itu menarik diri daripada bertanding.

Tambahan lagi, kumpulan itu menggesa penyokongnya dan ahli sihir di seluruh dunia menyertai tindakan menyihir Trump.

“Apabila Trump bercakap, kita perlu serentak mengucapkan perkataan ‘Saya menarik diri’ dengan harapan ia akan memasuki ‘lapangan mental’ Trump”.

“Mulai saat kita bersama-sama mengucapkan perkataan itu, idea untuk berundur akan menguasai minda Trump” kata kumpulan itu.

Mereka yakin usaha itu akan berjaya.

Peter Gower, Jurucakap kumpulan itu menyatakan bahawa kami tidak akan menyebabkan kecederaan fizikal. Sambil menonton perdebatan itu di televisyen, puluhan ribu dalam kalangan kita akan ‘menanamkan’ idea untuk dia tarik diri dalam mindanya.

“Saya yakin itu yang perlu dilakukan terhadap minda lelaki yang amat berbahaya ini. Dan kami mahu pastikan ia berjaya” kata Peter Gower.

Katanya lagi, dia percaya Trump akan mengumumkan pengundurannya dalam tempoh 24 jam atau mungkin ketika berdebat.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*