Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Anak Ikut Kami Masuk Kristian Selepas 3 Bulan Kami Murtad

By Malik October 3, 2016 : 1:55 pm

Lea berasa sangat gembira tak tahu nak jelaskan macam mana bila anak masuk kristian tanpa perlu dihasut dan dipaksa. Kami baptist seminggu sebelum berpuasa 2015.

Sebelum ini, setiap pagi lea dan suami bangun siapkan sahur utk anak anak. Walaupun kami tak puasa tapi kami tak tunjuk. Kami sahur sama sama. Mereka puasa kami tak puasa. Mereka berbuka kami berbuka juga. Kami pergi bazar ramadhan. Beli apa yang mereka suka. Anak anak lea suka apom balik kat bazar ramadhan tasik permaisuri. Apom balik kesukaan dorang coklat dan pulut hitam.

Dalam bulan puasa, mereka berpuasa tanpa skip sehari pun walaupun yg berumur 7 tahun. Sebab selama kami berpuasa, lea didik dorg berpuasa bermula umur 5 tahun untuk setengah hari. Bila 6 tahun dorang belajar berpuasa penuh dah. Tak mengeluh.

Namun, satu hari anak kami perasaan lea masak sesuatu waktu mereka tak ada. Tapi dorang diamkan. mereka sangka lea ni datang period. Tapi bila ada masa mereka terperasaan lagi. Mereka buat meeting adik beradik. Mereka tanya kenapa mummy tak puasa, lea tak bagitau sebab sebalik nya lea cakap kalau dorang tak nak puasa selepas ni lea tak marah. Tapi sorang pun tak layan apa lea kata, mereka masih berpuasa.

Sampai lah habis berpuasa, nak raya kan. Lea sakan beli baju raya, kasi duit raya, kuih raya semua lea siapkan utk mereka. Tapi kan lea dan suami tak beli baju raya. Kami kata kami raya krismas. Anak anak tak pula terkejut sbb tau ada sesuatu yg tak kena. Lepas raya anak sulung lea wakil adik beradik dia tanya sekali lagi kenapa lea tak raya. Lea bagitau, “mummy dady bukan islam lagi. Kalau korang nak teruskan mummy tak marah tak halang. Kita tetap family. Kelas agama tetap mummy daddy bagi pergi. Nak solat nak puasa semua buat lah. Buat apa korang nak, tapi kalau nak jadi kristian pun mummy tak halang.

Yang hairannya mereka tidak terkejut.

Mereka kata masih nak ikut islam. Lea bagi je. Anak lea tetap buat part dorang sebagai muslim.

Sampailah mereka perasaan perubahan yg sangat ketara. Sepanjang lea mencari jawapan untuk diri lea, lea kerap jauhkan diri, tak bertegur sapa dgn suami. Berpisah tempat tidur dan mcm mcm lagi. Tapi apa yg mereka sedang lihat kedamaian. Kasih sayang. Cinta. Tolak ansur. Sabar dan macam macam lagi.

Sekali lagi mereka buat meeting. Satu hari si abang datang, cakap “abang nak jadi kristian.”

Cuba bayangkan sepanjang 3 bulan kami tinggal satu bumbung berlainan agama, sekali pun tak pernah bercerita tentang kristian, tentang Jesus tapi mereka diam diam cari siap tu Jesus. Siapa yahweh. Ajaran kristian macam mana. Mereka guna teknologi yg ada. Mereka guna kitab yg lea ada tanpa lea perasaan. Sungguh lah tuhan sangat terbaik.

Bila si abang dan si kakak bagitau mereka nak jadi kristian, lea tanya kenapa tetiba nak jadi kristian. Mereka jawab simple sebab, “jesus ubah mummy daddy berbaik balik”.

Seorang lagi,”sebab doa mummy selalu termakbul sekarang, tuhan betul saja akan jawab doa kita”.

Ada yg cakap,”sebab tuhan mummy bagi mummy dgn daddy bercinta (dia nak maksudkan kasih sayang)”.

Yang paling terharu, “family kita aman dah”.

Seminggu kemudian, lea bawa dorg jumpa pastor. Lepas beberapa kali jumpa dan cerita tentang christianity. Mereka pun baptist. 2 org baptist 3 org dedication.

Mereka ni banyak keajaiban yang mereka lalui dan alami.

Banyak yang tuhan bagi kat mereka.

Doa anak kecil tuhan suka dengar.

Jadi ajarlah anak korang berdoa pada yg percaya Tuhan.

lea1

-pru14.tv-

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK


TWITTER





CAPAIAN

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE