Muhyiddin Dituntut Jelaskan Kenapa Tidak Hadir Pertemuan Dengan Bersih 2.0

Share This:

Dengar cerita pemimpin Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ada bertemu dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menjelang penganjuran himpunan haram itu pada 19 November depan untuk berbincang.

Butiran perbincangan tidak diketahui tetapi dari gambar yang tersebar di media sosial aplikasi Whatsapp tidak kelihatan kelibat Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir dalam pertermuan berkenaan yang dilihat penting untuk pembangkang dan penganjuran perhimpunan haram itu.

Beberapa pihak yang menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan PPBM sudah mula menuntut penjelasan dari Muhyiddin kenapa beliau tidak hadir dalam pertemuan itu.

Adakah Muhyiddin dihalang oleh pihak tertentu untuk hadir kerana ketika Bersih edisi keempat dianjurkan ketika itu Muhyiddin masih lagi bersama dengan Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut sama tidak menyokong penganjurannya.

Adakah beliau sendiri tidak menyokong perhimpunan haram itu berbeza dari Dr Mahathir yang pernah turun hadir dan menyokong perhimpunan itu yang mendesak Najib supaya meletakkan jawatan dan menghasut rakyat untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Presiden parti baru itu yang juga Ahli Parlimen Pagoh perlu tampil menjawab persoalan para penyokongnya kenapa Muhyiddin tidak hadir pada pertemuan berkenaan padahal Muhyiddin ada presiden parti baru itu.

Antara yang hadir dari parti PPBM selain Dr Mahathir ialah Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz dan juga antara pengasas awal parti itu iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bersih 5 akan diadakan pada 19 November depan tetapi pihak penganjur tidak menyatakan sasaran jumlah pengunjung dan lokasi di mana ia akan diadakan nanti.

Agak pelik juga untuk seorang Presiden satu parti baru seperti PPBM yang begitu agresif untuk menjatuhkan Najib tetapi tidak hadir ke pertemuan berkenaan.

pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*