Petisyen Pengharaman Qurban Di Singapura

Rashidah Abdul Rahman memberi maklum balas yang sangat baik kepada Nicole Yin tentang petisyen pengharaman Korban di Singapura.

Kepada Cik Nicole Yin,

Kami ucapkan terima kasih kepada cik di atas keprihatinan dan belas kasihan yang cik tunjukkan terhadap binatang.

Islam juga telah mengajar kami untuk berbuat baik terhadap sesama manusia dan juga binatang. Kami dicipta dan dihidupkan olehNya. Walaupun membunuh semut adalah dilarang dalam Islam.

Anda memang seorang yang berani untuk bertanyakan soalan tentang amalan yang telah tertulis didalam agama Islam dan diikuti oleh 2 bilion manusia yang menganut agama Islam.

Kami bukan manusia yang zalim dan tidak berperikemanusian terhadap binatang dan sudah tentu kami bukan seperti yang dihebah-hebahkan oleh pihak media.

Kekejaman yang anda sedang lihat di sekeliling kami… bukan Islam.

Ianya terjadi akibat ketamakan kuasa sesetengah individu, mereka menggunakan agama dengan cara yang bertentangn dengan Islam yang sebenar.

Semoga Allah mengampuni mereka.

Kembali kepada topik kita tadi, upacara Qurban ini dilakukan setahun sekali bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim.

Boleh saya tahu, pernahkah anda melihat upacara Qurban dilakukan? Adakah anda tahu cara-cara penyebelihan binatang yang betul menurut Islam?

Sebenarnya, senarai kriterianya agak panjang dan ianya bersangkut paut antara satu sama lain.

Saya harap anda dapat meluangkan masa untuk menyelidik dengan lebih mendalam tentang pekara ini sebelum anda memulakan petisyen tersebut. Ianya hanya akan menimbulkan kekecohan antara kaum yang mempunyai sikap terbuka dan bertoleransi di negara ini.

Pekara yang paling penting ketika menyembelih binatang mengikut Islam adalah :
– Binatang tersebut mestilah sihat dan tidak cacat.
– Binatang tersebut mestilah tidak bunting.
– Binatang tersebut mestilah diberi makan dan dijaga dengan baik.

Penyembelihan hanya boleh dilakukan oleh MUSLIM DEWASA yang siuman, sihat dan kuat. Pisau yang digunakan mestilah bersih dan diasah semula setiap kali melakukan penyebelihan. Penyembelihan harus dibuat pada tempat yang sepatutnya, ianya mesti kena pada 2 urat tebal bagi memastikan penyembelihan dilakukan dengan cepat dan pantas. Kepala binatang yang disembelih tidak boleh dipisahkan dari badannya.

Binatang tersebut akan diberi air dan berasa selesa sebelum proses tersebut dijalankan. Binatang-binatang tersebut akan dipisahkan antara satu sama lain kerana ia juga mempunyai perasaan dan memahami apa yang berlaku disekelilingnya. Doa dan niat mesti kena betul supaya kematian binatang sembelihan tidak sia-sia.

Tiada satu bahagian pun pada binatang sembelihan yang akan dibuang. Kesemuanya akan dimanfaatkan dan beberapa bahagian daripadanya akan diberikan kepada keluarga fakir miskin.

Upacara tersebut memang telah tertulis di dalam kitab suci Al-Quran dan kami harus memgikutinya. Jika kami melakukannya dengan cara yang salah, itu bermakna bukan agama yang patut dipersoalkan tetapi orang yang melakukannya yang tidak mengikut garis panduan yang telah di ajar di dalam Islam.

Sekali lagi, saya harap anda dapat meluangkan masa untuk melihat cara upacara Qurban dilakukan dengan betul.

Semasa saya kecil dulu, saya pun berasa takut untuk melihat upacara tersebut dilakukan pada mulanya. Ayah saya mengambil masa untuk menjelaskan keseluruhan proses kepada saya.

Nicole, agama Islam adalah agama yang penuh kasih sayang dan belas kasihan. Kami tidak memerlukan aktivis untuk mempersoalkan upacara yang kami lakukan. Kami tidak membiarkan penggunaan mesin untuk menyebelih binatang. Pekara tersebut telah menunjukkan tanda hormat kami kepada binatang tersebut. Kami meletakkan niat yang ikhlas ketika menyentuh dan mengambil nyawa binatang tersebut dengan penuh hormat.

Saya sangat berharap anda akan menyelidik dengan lebih mendalam tentang pekara ini, supaya anda dapat melihat kebaikan cara penyembelihan Islam dibandingkan dengan cara penyembelihan konvensional.

Saya bukan menentang tentang pekara yang anda khuatiri. Anda seorang yang berani dan masih lagi belajar tetapi saya dan orang Islam yang lain memohon supaya anda melakukan penyelidikan secara menyeluruh tentang sebab-sebab kami melakukan pekara tersebut.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslim dan muslimin di seluruh dunia… Ini adalah cara kita berjihad untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam tentang pekara yang mereka tidak ketahui.

Seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. : Berpegang pada Islam di akhir zaman ibarat memegang bara api.

Kita sedang diuji dengan begitu hebat.

Allahu Akbar Wa lilah Ilham.

Dan petisyen tersebut telah dibatalkan.

Ini adalah tanggungjawab seorang Muslim menjadi Khalifah di muka bumi ini. Kita harus menyebarkan dakwah kepada orang bukan Islam selagi kita mampu. Insya Allah.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE