Bekas CEO MAB, Christoph Mueller Beralih Ke Emirates 20 September Ini

Share This:

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad (MAB) Christoph Mueller dilaporkan akan menyertai syarikat penerbangan Emirates pada 20 September.

Beliau yang merupakan warganegara Jerman yang pernah menerajuk syarikat penerbangan Ireland, Aer Lingus, syarikat penerbangan Belgium, Sabena dilantik sebagai Ketua Pegawai Digitan Dan Inovasi (CDIO), menurut laporan Bloomberg.

Jawatan itu adalah jawatan baru yang dibentuk di Emirates.

Para petugas di syarikat penerbangan itu sudah pun dimaklumkan akan kemasukan Mueller minggu ini.

Beliau yang berusia 55 tahun, dilantik sebagai CEO MAB pada Mac 2015 untuk memulihkan syarikat penerbangan itu selepas jualannya merudum akibat dua nahas besar pada tahun 2014.

Strateginya untuk MAB yang diumumkan, menjenamakan semula Kuala Lumpur sebagai hub penerbangan Asia, menamatkan perkhidmatan 6,000 orang kakitangan, menurut Bloomberg.

Tiba-tiba, pada April lepas, dia mengumumkan akan meninggalkan MAB atas sebab-sebab peribadi yang berada di luar kawalannya.

Ketika mahu meninggalkan syarikat penerbangan Malaysia itu, beliau bersetuju untuk bertugas untuk notis selama enam bulan yang sepatutnya berakhir hujung bulan ini tetapi melepaskan jawatan lebih awal selepas MAB mengumumkan CEO baru Peter Bellew akan mengambil alih di penghujung Jun.

Sebelum ini, pelantikan Mueller yang menggantikan Datuk Ahmad Jauhari Yahaya mencetuskan kontroversi apabila banyak pihak mendesak supaya orang tempatan dilantik sebagai CEO MAB berbanding warga negara asing.

pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*