LG Melabur Besar Dalam Skrin OLED Fleksibel

Share This:

LG ingin bersaing secara terus dengan Samsung dalam penghasilan skrin OLED fleksibel. LG merupakan pemimpin dalam penghasilan skrin OLED untuk TV tetapi tidak sehebat Samsung apabila dibandingkan penghasilan skrin OLED untuk peranti mudahalih.

Namun segalanya bakal berubah kerana LG baru sahaja melaburkan sebanyak USD 1.75 billion untuk mempertingkatkan pengeluaran skrin OLED fleksibelnya, menurut sumber Reuters.

Samsung telah lama menguasai pasaran skrin OLED dengan skrin-skrin OLED bermutu tinggi yang dilengkapikan pada telefon pintar siri Galaxy keluarannya. Pengeluar Galaxy S6 itu merupakan antara pengeluar pertama yang melengkapkan peranti mudahalihnya dengan skrin OLED melengkung melalui model Galaxy Edge keluarannya.

Skrin OLED bakal menggantikan sepenuhnya skrin LCD pada telefon pintar dalam beberapa tahun ini kerana sifatnya yang mempunyai warna yang lebih terang dan mempunyai kecerahan yang lebih tinggi untuk paparan di kawasan luar bangunan yang lebih jelas. Ia juga mempunyai rekabentuk yang lebih nipis dan ringan, membolehkan pengeluar mengeluarkan telefon pintar yang lebih nipis.

Satu dokumen yang difailkan dengan badan kawalselia menunjukkan LG sedang membina satu lagi barisan produksi bagi menghasilkan skrin OLED bersaiz kecil dan sederhana untuk memenuhi keperluan pasaran. Ini membuktikan LG serius tentang komitmennya.

Walaupun skrin OLED mempunyai penggunaan yang jelas di dalam pasaran peranti mudahalih, penggunaan skrin OLED fleksibel masih belum jelas. Skrin OLED melengkung pada Samsung Galaxy Edge memang suatu yang unik, tetapi tidak mempunyai fungsi yang begitu penting pada telefon pintar itu.

Skrin OLED mungkin berguna dalam pembangunan jam tangan pintar atau membuat tablet yang boleh dilipat untuk mengurangkan saiznya. Namun, adakah pelaburan LG sebanyak USD1.75 billion ini akan membuahkan hasil? Hanya masa akan menentukan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*